“Hebat Lofa sampai Pos Malaysia buat setem” – Netizen

Sejak berkahwin pada akhir Mac yang lalu, pasangan Neelofa dan PU Riz begitu tular dalam media sosial. Ada sahaja pelbagai cerita yang melibatkan kehidupan mereka yang mencuri tumpuan para pengguna media sosial. Baru-baru ini pasangan berkenaan meraih perhatian sekali lagi apabila dilihat berada di Nilai 3 untuk membeli karpet sebagai kelengkapan menyambut aidilfitri.

Netizen merasa kurang senang kerana pergerakan merentas negeri yang sepatutnya tidak dibenarkan ketika PKP, dilihat tidak terpakai keatas Neelofa dan orang ramai kesal dengan tindakan Neelofa walaupun sebelum ini beliau sudah tampil memohon maaf semasa isu salah guna menggunakan kebenaran merentas negeri ke Langkawi baru-baru ini.

Pihak polis cawangan Nilai sudahpun memanggil Neelofa dan PU Riz untuk menjalankan siasatan terhadap k3s tersebut dan keputusan berkenaan pelnggaran SOP berkenaan bakal diketahui tidak lama lagi.

Walaupun dihimpit pelbagai kontroversi sejak akhir-akhir ini namun pasangan ini masih cekal meneruskan rutin kehidupan dan perniagaan mereka seperti biasa. Neelofa juga sibuk sebagai pengacara program terbaru beliau bersama Nabil iaitu N to N.

Menerusi instagram peminat Neelofa, mereka telah kongsikan sebuah video dimana Neelofa telah menerima hadiah daripada pihak pos laju yang berupa setem dari beberapa gambar di hari pernikahan pasangan berkenaan.

Di dalam video tersebut Neelofa juga memberikan reaksi teruja dan gembira menerima hadiah istimewa itu yang dikirim oleh pihak Pos Laju buat beliau dan suami. Neelofa turut mengucapkan terima kasih di atas hadiah berkenaan dan menyifatkan hadiah tersebut sebagai satu hadiah yang sangat “comel”

Menjengah keruangan komen, para peminat juga gembira dan kagum dengan keunikan hadiah yang diterima oleh Neelofa itu.

Ternyata personaliti berkenaan mempunyai aura yang cukup hebat sehingga pihak Pos Malaysia mengabadikan beberapa gambar pernikahan mereka berdua sebagai setem dan dikirimkan sebagai hadiah buat pasangan pengantin baru itu. Berikut dikongsikan beberapa komen peminat.

Setiap ujian itu hadir dengan hikmahnya tersendiri. Walaupun dihimpit pelbagai kontroversi namun rezeki pasangan ini begitu murah dan pasti ada sahaja pengiktirafan yang diterima oleh mereka daripada para peminat mahupun masyarakat.

Walaupun sudah hampir sebulan lebih bergelar suami isteri namun sehingga kini masih ramai lagi yang mengirimkan hadiah perkahwinan buat mereka berdua tanda mereka berdua amat disenangi dalam masyarakat.

Sumber: ig lofa.page

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!