“Tgh sdh msa tu jgk rmi wartawan, klo aku xmampu nk ckp apa2 dah” – Netizen

Sehingga hari ini di mana – mana sahaja video mengenai kebaikan arwh Siti Sarah masih lagi berlegar di media sosial. Pengorbanan arwh Siti Sarah yang berjuang demi menyelamatkan anak dalam kandungannya begitu menyentuh hati rakyat Malaysia. Kisah beliau sebagai seorang isteri yang taat dan ibu yang baik kepada suami malahan  juga sebagai seorang wanita yang suka bersedekah cukup memberikan inspirasi kepada masyarakat khususnya golongan wanita.

Arwh Siti Sarah di semadikan di Tanah Perkuburan Gombak serta turut sempurnakan oleh suaminya Shuib sendiri.  Hebat sungguh keperibadian arwh kerana setelah pemergian arwh satu demi satu kebaikan arwh telah dikongsikan oleh rakan- rakan artis dan orang – orang yang mengenali dirinya.

Setelah selesai pengebumian arwh isterinya, Shuib di tanya oleh wartawan mengenai anak- anak beliau sama ada sudah mengetahui tentang perkhabaran sedih pemergian arwh ibu mereka.

Shuib bagaimanapun menjelaskan bahawa anak-anak masih belum dimaklumkan mengenai hal tersebut dan beliau memohon diberikan kekuatan untuk memaklumkan berita yang amat menyedihkan itu kepada anak- anaknya.

Bagaimanapun Shuib telah berkongsi video anak – anak beliau ketika dimaklumkan berita mengenai pemergian ibu mereka. Hebat sungguh didikan pasangan ini kerana anak- anak mereka dapat menerima berita tersebut dengan redha walaupun merindui ibu mereka itu.

Menerusi instagram cerita artis Malaysia telah dikongsikan sebuah video ketika Shuib dalam perjalanan ke tanah perkuburan mengiringi van jenaazah arwh Siti Sarah, dapat dilihat para wartawan berkerumun di luar van yang dinaiki oleh Shuib.

Shuib yang sedang bersedih kelihatan menundukkan kepala dan menutup wajahnya dengan lengan. Video berkenaan dikongsikan oleh PA shuib ketika menemani Shuib ke tanah perkuburan.

Rata-rata netizen meluahkan rasa simpati kepada Shuib kerana sebak melihat keadaan beliau yang sedang bersedih namun terpaksa berhadapan dengan wartawan yang sudah menunggu beliau ketika perlu menguruskan jenaazah isterinya.

Sudah menjadi lumrah bergelar artis pasti ramai yang ingin mengetahui maklumat terkini daripada beliau dan dirinya sering menjadi tumpuan. Berikut dikongsikan beberapa komen netizen terhadap keadaan tersebut.

“Dia sedih tapi dia tak nk tunjuk pada kita semua….dia lelaki yg kuat..walaupun kadang2 ada rasa tak kuat nak menangis nak menjerit sbb terlampau rindu yg sangat berat di ungkap” – Netizen

“Nmpk tenang tp dlm hati dia spe yg tahu…Yaa Allah syuib,smoge ko diberi kkuatan untk mnjalani idup bsme ank² tnpe sarah disisi…Aamiin, ari ketiga dh,ak still mnangis…” – Netizen

“Seberat mata kita memandang berat lagi dia yg mengalami dan yg akan meneruskan perjalanan hidup tanpa orang yg selama ini bersama bahagia dan cukup tersayang, semuga Allah swt kuatkan dia juga anak2 dan family tersayang yang ditinggalkan untuk meneruskan perjalanan hidup ini” – Netizen

Sebelum ini Shuib juga sempat membuat siaran langsung menerusi Instagram beliau menitipkan pesanan kepada orang ramai mengenai bahaaya cvd yang telah meragut nyaawa isterinya.

Sepanjang siaran langsung hampir 1 jam itu, Shuib juga mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang tidak putus mendoakan arwh isterinya serta membuat bacaan Yasin untuk kesembuhan isterinya itu sebelum ini. Mudah-mudahan orang ramai mengambil iktibar di atas pengalaman yang berlaku kepada Shuib ini.

Sumber : ig cerita artis malaysia

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!