“Thank u mumy Vie Shantie Khan” – Datuk Eizlan Yusof

Pelakon dan penyanyi iaitu Datuk Eizlan Yusof baru-baru ini telah menerima kehadiran orang baru dalam keluarganya apabila isterinya Datin Natasha Rosa Boudville telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan. Bayi berkenaan di lahirkan secara pembedahan seberat 2.98 kilogram. Pasangan berkenaan berkata mereka berdua sepakat memilih nama Zaelynn Rosa buat anak perempuan mereka.

Sebagai rekod, bayi perempuan ini merupakan anak keempat buat Datuk Eizlan kerana telah mempunyai 3 orang cahaya mata hasil pernikahan beliau sebelum ini bersama Vie shantie Khan. Kongsi Datuk Eizlan, tiga orang anaknya menerusi perkahwinan sebelum ini tidak sabar untuk menjenguk adik mereka.

Datuk Eizlan dan Vieshantie Khan pernah mendirikan rumahtangga pada 7 Julai 2007 namun akhirnya bercerai pada September 2014 setelah 7 tahun mendirikan rumahtangga.Hasil perkahwinan selama 7 tahun itu mereka dikurniakan 3 orang anak.

Menerusi instagram, bekas isteri kepada Datuk Eizlan Yusof iaitu Vieshantie Khan atau lebih mesra dipanggil Vie telah memuatnaik sekeping gambar beliau melawat buah hati terbaru bekas suaminya. Vieshantie juga berkesempatan untuk menyusukan bayi tersebut.

Melalui caption yang ditulis oleh Vie, beliau berkata walaupun beliau dan bekas suami sudah berlainan jalan kehidupan namun ukhuwah antara mereka perlu dijaga demi penyatuan antara anak-anak.

Vie juga berdoa agar ikatan persaudaraan antara anak-anak terus terjalin di dunia dan akhirat. Vie turut mengucapkan tahniah kepada bekas suaminya itu atas kelahiran anak perempuan tersebut.

Menjengah keruangan komen, Datuk Eizlan juga turut membalas entri yang ditulis oleh bekas isterinya dengan mengucapkan terima kasih kepada bekas isterinya di atas ucapan berkenaan.

Rata-rata peminat juga kagum dengan hubungan yang terjalin antara mereka berdua yang masih lagi mampu bersahabat dan menjaga hubungan demi anak-anak.

Tidak ramai yang mampu berlapang dada mendoakan kebahagiaan bekas suami atau bekas isteri masing-masing. Adakalanya anak-anak yang terpaksa menanggung kesan akibat daripada perhubungan yang kurang baik antara kedua ibu bapa.

Oleh itu contoh baik yang ditunjukkan oleh artis seperti mereka ini lah yang patut dijadikan inspirasi kerana sebagai orang yang dikenali tindakan mereka mampu memberikan kesan dan pengaruh dalam masyarakat untuk di teladani dan dan di ambil iktibar.

Sumber: ig vieshantiekhan

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!