“Dia tau dak yg dia sebut Che Ta tu makk dia” – Che Ta

Rata-rata rakyat Malaysia, semua ada loghat nya masing-masing. Ada cakap utagha ada cakap cakap, dan macam-macam. Kalau kita orang sabah, tidaklah mudah untuk memahami mereka yang guna loghat Kelantan contohnya. Kadang-kadang nak cakap proper BM pun dah tercampur dengan loghat masing-masing. Tapi itulah, kerana mereka bangga dan tidak malu untuk menggunakan bahasa negeri mereka.

Keluarga Che Ta pun apa kurangnya,rasanya semua sudah sedia maklum mereka guna loghat apa, loghat Utagha lah kan, sebab Che Ta  asal dari Kedah. Fuh, dia punya loghat tu, sangatlah pekat noh. Tapi, nasib baik kita faham.

Nampaknya, loghat Utagha nya tu telah diwarisi oleh si puterinya Aaisyah, tu dia, kecik-kecik lagi dah pekat loghat Utagha sama macam maknya. Tak gaya dek usia dia punya petah tu.Pot pet pot pet sana sini.  Banyak mulut bak kata orang.

Walaupun Che Ta merupakan artis terkenal, bukanlah bermakna beliau perlu normalisasi kan pengunaan Bahasa Ingger1s dalam perbualan harian. Elok je mereka guna bahasa Utagha, takda pun speaking-speaking, pandai je Aaisyah cakap BM, siap guna loghat lagi, mujur lah aunty-aunty faham Aaisyah cakap apa, kalau tak, jenuh juga nak faham loghat Kedah ni.

Che Ta yang memuat naik video Aaisyah sambil menunjuk j4rinya yang telah dipakai inai. Bak kata Aaisyah “Meghah menyala” haa tudiaa pekat nohh loghat dia. Pakai Aaisyah mak nya pula, lagilah dia suka. Nak pulak seperti yang kita ketahui, Aaisyah ni suka melaram orangnya.

Suka sangat Aaisyah pakai inai mak nya, tak perabih duk tunjuk-tunjuk  j4rinya yang comel tu. Dia pakai ke atau Che Ta pakai kan ye ? Sebab kita sendiri sudah sedia maklum Aaisyah pandai make up sendiri. Kalah kita yang masih tua darinya, suka make up macam mak nya.

Antara komen netizen ialah “Merah mengala Aaisyah comel”, “Gerammmm tengok j4ri gdik2 ”, “Amboi pekat sgt merah menyala dia nohh Aisyah pasaipa comel sangat” dan sebagainya.  Ramai duk perhati j4ri Aisyah yang merah menyala tu ye.

Sememangnya produk inai Che Ta kalini mendapat sambutan yang memberangsangkan. Pakat duk pakai inai ramai-ramai. Pakai inai sampai merah menyala macam Aisyah tu. Mesti comel belaka. Kalau tanya nak merah macam mana, cakap nak merah menyala macam Aisyah.

Justeru, dari mana pun negeri kelahiran kita, tak salah pun nak praktikkan bahasa dan loghat kita. Selagi mana orang faham, kira okaylah tu. Comel je kan tengok Aisyah denga loghat dia tu, pekat betul noh. Sama je macam Che Ta bunyinya.

Sumber : Rozitachewan1

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!