“Waktu aku ssh xde duit, waktu tu anak nk keluar, bini nk bersalin, org ptama aku cari Issey” – Fizi Ali

Tiada angin dan tiada ribut namun hari ini menyaksikan salah seorang Team Pagi Suria FM iaitu Issey Fazlisham mengakhiri tugas beliau sebagai penyampai di konti radio Suria FM. Walaupun berat untuk membuat keputusan tersebut namun Issey berkata pilihan itu merupakan keputusan dirinya sendiri yang meminta agar kontrak beliau sebagai penyampai radio tidak lagi disambung.

Kongsi Issey lagi menerusi instagram peribadinya, beliau mempunyai perancangan lain untuk diri sendiri dan memilih untuk menamatkan pekerjaan sebagai penyampai radio di Suria FM demi memenuhi perancangan berkenaan.

Issey atau nama sebenar beliau Fazlisham Mat Hassan mengucapkan selamat tinggal kepada stesen radio Suria FM setelah 3 tahun bersama. Perkara tersebut begitu mengejutkan para peminat segmen Team Pagi Suria yang diterajui oleh beliau, Ajak Shiro dan Fizie Ali.

Kongsi anak kelahiran Kelantan itu lagi, keputusan untuk mengundurkan diri tidak mudah namun demi kelangsungan kerjaya seni serta memenuhi impian perancangan beliau itu, keputusan berkenaan harus dilakukan. Perancangan mengenai berita baik yang diusahakannya itu bakal dikongsi kepada umum pada masa akan datang.

Setelah hampir beberapa tahun bertugas bersama, ikatan persahabatan antara Issey, Ajak dan Fizie bukan lagi hanya sekadar rakan setugas malahan keakraban yang terjalin antara mereka bertiga sudah dianggap seperti adik beradik.

Menerusi instagram Suria FM, salah seorang penyampai radio tersebut iaitu Fizie telah mendedahkan mengenai sikap baik Issey terhadap dirinya. Luah Fizi lagi, ketika beliau berhadapan dengan masalah kewangan kerana isterinya bersalin dan beliau juga ketika itu menanti kelahiran anak, Issey adalah individu yang menjadi harapan beliau untuk meminta bantuan.

Fizie meluahkan perasaan berterima kasihnya itu dengan penuh sebak dan menahan air mata kerana terlalu terharu mengenangkan peristiwa berkenaan dan pengorbanan Issey terhadap beliau membantunya sebelum ini.

Siapa sangka walaupun Issey seorang yang suka mengusik dan bergurau namun beliau sebenarnya mempunyai hati yang mulia kerana sudi membantu rakannya itu ketika dalam kesusahan.

Menjengah keruangan komen instagram Suria FM itu ramai peminat yang mengikuti celoteh mereka bertiga setiap hari merasa begitu terkejut dengan keputusan Issey itu. Menurut para peminat, trio berkenaan sangat serasi dan saling melengkapi antara satu sama lain.

Meskipun ramai yang berduka dengan pemergian Issey bagaimanapun para peminat trio tersebut menghormati keputusan Issey untuk meneruskan perancangan masa depan beliau dan mendoakan yang terbaik demi masa depan beliau dan keluarga.

“All the best issey fazlisham semoga Allah terus memberkati hidup disamping keluarga tercinta. InshaAllah pasti Allah akan membuka pintu pintu yang baru, semoga kenangan lalu menjadi bingkai pengalaman manis kita sampai bila bila.” – Lah Ahmad

“kekurangan DJ Suria.. selalu bertiga ceriakan pagi… seronok dgr celoteh mereka..kadang kita berduka tp bila mendengar suara mereka ada kala buat kelakar..cerita kehidupan..mmg best Team Suria.. Semuga sukses selalu” – Netizen

“Sejujurnya issey dah tak ke udara lg lps ni…nak x nk kita kne hormat keputusan nye….berat mmg berat utk kita terima semuanya…tp mungkin issey ade plaining lagi bagus…moga issey terus maju jaya dlm kehidupan..

Bertemu dan berpisah adat manusia biasa…hilang dimata tapi di hati takkan lupa….terima kasih issey kerana menghiburkan kami rakyat malaysia selama ini….” – Netizen

Terima kasih Issey telah menceriakan hari-hari para pendengar stesen radio Suria FM setiap pagi selama 3 tahun. Semoga urusan Issey demi mencapai cita-cita Issey akn dipermudahkan serta bahagia selalu bersama keluarga tersayang.

Sumber : Instagram suria fm.

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!