“Tahniah tercapai jgk hajat Abg Bell nak ke final” – Netizen

Akhirnya hasrat pelakon dan pelawak Nasrizal Ngasri atau lebih mesra di sapa Bell untuk melangkah ke peringkat akhir di dalam pertandingan Maharajalawak Mega menjadi kenyataan apabila pengumuman malam tadi menyaksikan kumpulan Tobat yang dianggotai oleh Bell, Ropie dan Ajak itu telahpun berjaya melangkah ke peringkat akhir apabila nama kumpulan mereka di umumkan antara yang tersenarai oleh Dato AC selaku pengacara rancangan berkenaan.

Malam tadi telah berlangsung persembahan peringkat separuh akhir bagi pertandingan Maharajalawak Mega dalam menentukan peserta yang layak bertanding di peringkat akhir. Kumpulan Tobat pada awalnya di anggotai oleh Bell Ngasri, Ropie dan Shuk Sahar. Namun Shuk kemudiannya mengundurkan diri atas sebab peribadi dan membuatkan kumpulan Tobat menjemput Ajak Shiro untuk menggantikan kekosongan yang ditinggalkan oleh Shuk itu.

Di peringkat separuh akhir ini, sebanyak 6 kumpulan telah mempersembahkan sketsa mereka bagaimanapun rezeki tidak menyebelahi kumpulan Otai apabila kumpulan berkenaan menjadi satu- satunya peserta yang tersingkir di peringkat separuh akhir.

Selangkah lagi ke peringkat akhir sudah tentu kumpulan Otai merasa kecewa terapi begitulah adat pertandingan. Mungkin rezeki tidak menyebelahi kumpulan Otai tahun ini.

Ekoran keluhan Bell yang tidak pernah memenangi sebarang anugerah sepanjang beberapa tahun penglibatan beliau dalam industri hiburan semasa persembahan minggu lalu, ramai yang telah mula membuka mata terhadap sumbangan pelakon dan pelawak berkenaan terhadap usahanya yang tidak henti untuk menghiburkan orang ramai selama ini.

Meskipun Bell sebelum ini sering membawa serius sebagai pelakon namun kini Bell lebih dikenali sebagai pelakon komedi atas kejayaan watak di dalam telefilem 16 puasa sebagai Ngas. Malahan Bell selama ini telahpun beberapa tahun menjayakan lakonan parodi di Meletop bersama pelawak Jihan Muse.

Menerusi perkongsian terkini Bell di Instagram, pelawak tersebut memuatnaik beberapa keping gambar persembahan beliau bersama rakan- rakan dan mengucapkan terima kasih di atas kepercayaan para peminat terhadap kumpulan Tobat.

Bell juga turut meluahkan rasa bersyukur kerana berjaya melangkah ke pentas akhir dan menzahirkan ucapan terima kasih kepada ahli kumpulan beliau iaitu Ajak dan Ropie. Tidak lupa juga kepada artis undangan yang turut menjayakan persembahan kumpulan Tobat malam tadi iaitu penyanyi Hazama.

Minggu lalu persembahan kumpulan Tobat yang terdiri daripada Ajak Shiro, Ropie dan juga Bell Ngasri itu telah memaparkan keadaan mereka bertiga sekiranya memenangi pertandingan Maharajalawak.

Bagaimanapun Ajak kemudiannya berkata beliau merasa agak malu dengan angan- angan tersebut dan berputus asa apabila mendapat markah rendah. Persembahan kumpulan berkenaan kemudiannya menjentik emosi para penonton apabila Bell meluahkan perasaan beliau terhadap reaksi Ajak itu.

Bell berkata beliau hanya ingin berangan walaupun sedar berkemungkinan besar angan- angan tersebut mungkin tidak menjadi kenyataan. Sepanjang pengalaman beliau menyertai pertandingan Maharajalawak sebelum ini menerusi kumpulan Tobat adalah pencapaian yang paling jauh pernah beliau capai apabila mampu bertahan sehingga minggu suku akhir.

Mengikut rekod penyertaan beliau di pertandingan Maharajalawak sebelum ini, kebiasaannya beliau pasti akan tersingkir pada minggu awal. Lebih mengharukan apabila Bell yang juga merupakan seorang pelakon itu berkata sepanjang beliau berada di dalam industri selama ini, beliau tidak pernah menerima sebarang anugerah di atas bakat lakonan beliau itu.

Menjengah keruangan komen, rata- rata netizen juga gembira di atas pencapaian Bell yang akhirnya telah berjaya meloloskan diri ke peringkat akhir pertandingan berkenaan setelah sekian lama tidak berputus asa mencuba bersama kumpulan lain sebelum ini.

Rata- rata warganet juga mendoakan kejayaan kumpulan Tobat di peringkat akhir dan mengharapkan supaya kumpulan berkenaan dapat memberikan persembahan yang mantap di pentas akhir pada minggu hadapan. Berikut dikongsikan komen- komen netizen di ruangan entri Bell itu.

“tahniah kumpulan tobat sampai ke final tahniah juga untuk bellngasri yg tak pernah putus asa..”- Netizen

“Alhamdulilah, tahniah masuk final Tobat semoga mendapat kejuaraannya.. akhirnya, bg ropie membawa team ke final. Alhamdulila kasi pecah perut nanti final salam dari brunei Darussalam” – Netizen

Sebagai rekod program lawak Maharajalawak Mega ini masih lagi mengekalkan hadiah wang tunai lumayan iaitu sebanyak RM500,000.00. Program berkenaan bagaimanapun membuat kelainan kali ini apabila menjemput beberapa orang juri baru bagi memberikan komen dan penilaian buat para peserta pada tahun ini.

Mengejutkan apabila barisan juri yang di tampilkan terdiri daripada para pelakon dan penyanyi iaitu Rosyam Noor, Uqasha Senrose, Noh Hujan dan Diana Daniella.

Sumber: ig bell ngasri

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!