“Ala tak sabar tgk baby Nunha ni”- Netizen

Sejak daripada bulan Julai yang lalu, khabar angin mengenai kehamilan usahawan dan selebriti terkenal Neelofa sering diperkatakan netizen. Kehamilan bekas pengacara MeleTOP itu hangat diperkatakan apabila beliau dilihat menunjukkan tanda-tanda ibu mengandung apabila asyik mengusap bahagian perutnya. Perubahan bentuk badan selebriti tersebut bukan hanya diperhatikan peminat menerusi siaran langsung di Instagram, malahan paling ketara ialah ketika Neelofa hadir untuk menghadiri perbicaraan di Mahkamah bagi sebutan kess pelnggaran (SOP).

Sebagai rekod, Neelofa dan PU Riz telah pun melangsungkan pernikahan di sebuah hotel terkemuka di ibu negara pada tanggal 27 Mac yang lalu. Walaupun tidak mengesahkan berita kehamilannya, namun ‘baby bump’ selebriti berkenaan semakin hari semakin jelas kelihatan.

Tidak cukup dengan itu, terdapat satu foto yang telah dikongsikan oleh adik Neelofa sendiri di instagram, di mana Neelofa telah menghadiri satu acara jenama fesyen terkenal antarabangsa. Di dalam foto berkenaan Neelofa kelihatan sudah sarat dan mungkin sudah di dalam fasa- fasa terakhir kehamilan.

Walaupun kisah kehamilannya selebriti tersebut tidak di berikan pengesahan daripada tuan empunya badan namun tanda- tanda yang di tunjukkan oleh selebriti tersebut bagaimanapun mengesahkan mengenai kehamilan beliau yang hangat diperkatakan orang ramai.

Di satu pertemuan lain yang di rakamkan oleh pihak media sebelum ini, Neelofa ada menyebut bahawa beliau meminta orang ramai terutama pengamal media untuk menghormati privasi dirinya yang mahu menyimpan sesetengah perkara buat dirinya sendiri dan tidak bertanyakan lebih lanjut mengenai perkara tersebut.

Malahan Neelofa tidak mempunyai perancangan untuk mengumumkan kehamilan beliau itu.

Terkini, menerusi satu video yang dikongsikan di Instagram peminat Neelofa satu hadiah pemberian YAM Tengku Puteri Iman Afzan Al- Sultan Abdullah telah mencuri perhatian para netizen.

Hadiah barangan bayi berjenama mewah itu di kirimkan oleh puteri sulung kepada Yang di Pertuan Ag0ng Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al- Mustafa Billah Shah buat anak di dalam kandungan Neelofa yang di jangka bakal di lahirkan tidak lama lagi.

Suara Neelofa yang kedengaran amat bersyukur dan terharu dengan pemberian oleh sahabatnya itu turut memperlihatkan perasaan beliau yang kelihatan teruja dan gembira di atas hadiah itu. Hadiah barangan bayi pemberian YAM Tengku Puteri Iman itu turut di selitkan sekeping kad ucapan buat Neelofa.

Neelofa sempat berkongsikan kepada peminat doa dan ucapan yang di tulis oleh YAM Tengku Puteri Iman di dalam kad ucapan berkenaan namun mengambil langkah untuk menutup beberapa info mengenai anak dalam kandungan yang di tulis oleh YAM Tengku Puteri  di dalam kad berkenaan.

Menjengah keruangan komen, warganet mula berteka teki mengenai jantina anak sulung kepada usahawan berkenaan. Rata- rata berkata bayi perempuan namun berkemungkinan besar juga Neelofa dan PU Riz bakal menimang cahaya mata lelaki memandangkan warna kad yang di kirim oleh YAM Tengku Puteri Iman berwarna biru. Berikut antara komen- komen yang ditinggalkan netizen.

Meskipun Neelofa mahupun PU Riz sendiri tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kehamilan Neelofa itu namun pasangan selebriti berkenaan mengharapkan para peminat agar terus mendoakan mereka.

Neelofa juga berkata bahawa beliau hanya akan berkongsi perkara berkenaan kehamilan sekiranya perlu dan sudah sampai masanya nanti.

Sumber: ig lofa page

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!