“Zayne punya senyuman macam Heath Ledger lah”- Netizen

Tidak dapat dinafikan bahawa anak-anak ini pasti akan menyerupai muka ibu bapa mereka. Tak kisahlah, dari segi peribadi, mahupun rupa paras. Bak kata pepatah, mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. Betul tak ? Bukanlah seratus peratus seperti orang tua mereka, tapi adalah iras-iras tu kan.

Seperti yang kita ketahui, Mat Dan adalah seorang yang berketurunan Mat Salleh, haa siapa je tak kenal belia kan. Famous sangat dulu tengok omputih cakap slang Ganu, ingatkan Melayu Celop tadi kan, haha. Fasih betul ya beliau sekarang ni.

Beliau yang berkahwin dengan wanita pilihan nya yang merupakan gadis Melayu. Wah, lepastu sekarang ni beliau sudah pun menetap di sini tau. Siap jadi dj Molek FM lagi tu, korang dengar lah macam mana dia cakap Bahasa Ganu.

Anaknya pun semuanya sama cantik seperti orang tuanya. Yelah anak kacukan lah katakana. Muka Melayu ke muka Mat Saleh ? Mestilah lawa dan hensem semuanya. Korang pernah tengok tak anak-anak nya ? Pernah tak kilap mata sebab teruja.

Ada dimuat naik video anaknya yang penuh dengan reaksi comel-comelnya. Muka ikut ibu dan ayahnya ya. Senyuman nya sangat manis, geram je tengok diorang ni tau. Sejuk je mata memandang. Comel sangat.Calon menantu aunty ni nanti.

Dalam video yang dimuat naik tu, si abangnya yang bernama Zayn, bak kata netizen ada irasa-iras macam pelakon Australia yang bernama Heath Ledger. Korang kenal tak siapa gerangan nya ? Macam Zayne tak ? Mini Zayne.

Cuba lah buat carian tentang Heath Ledger tu, sekali tengok. Betul lah gaya macam Zayne tau. Cuma Zayne rambutnya style lain. Bak kata orang kita, style tempurung. Haa, tapi comel sangat Zayne ni, muka Mat Saleh sangat.

Rata-rata netizen sangat teruja melihat gelagat anak-anak Mat Dan tu. Mana taknya, comel sangat tau. Mak ayah nya kahwin campur, anak pun kacukan, sangat lah lawa dan hensem tau. Maka, muncullah yang dikatakn Heath Ledger tu.

Haa, siapa lagi anak-anak artis yang korang kenal mereka merupakan anak-anak kacukan ? Ibu bapanya mereka merupakan kahwin campur ? Mereka semua comel-comel dan cantik kan, seperti Emma Maembong dan Anna Jobling.

Sumber : Ig Mat_dan1

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!