“Tanda2 Aisha nak adik tu ibu” – Netizen

Tak semua orang direzekikan dengan keluarga bahagia. Ramai yang diuji sebaliknya. Begitupun bersyukurlah jika dikelilingi oleh orang terdekat yang membahagiakan, Nampaknya sejak berumahtangga dengan suami keduanya, pelakon, Aidil Aziz, kini kehidupan aktres, Fasha Sandha kelihatan bahagia sekali. Ramai yang tumpang happy melihat pasangan merpati dua sejoli ini bersama ahli keluarga dan orang terdekat mereka.

Lihat saj4lah perkongsian Fasha di Instagramnya itu. Dalam kapsyen hantarannya, sempat dia berkongsi pesanan ibu mertuanya, Rokkiah Md Noor yang sering mengingatkan agar sentiasa hidup berkasih sayang.

Menurut Fasha, kata ibu mertuanya, dengan kasih sayang, hidup akan tenang. Bagus Fasha, ingat dia dengan pesan orang tua. Apa pun memang ramai memuji gemar melihat kebahagiaan Fasha sekarang.

“Pandainyaa Fasha bwk diri.. hormat keluarga mertua pakai shawl..”, “Bahagia tengok, keluarga bahagia..…”, “Suke sgt tgk kehidupan fasha skrang”, “Si bngsu tu sllu dialh yg trserlah”, “tanda tanda aisha nak adik tu ibu”. Itu antara layangan komen netizen.

Menariknya, dalam video ketika sambutan hari lahir ahli keluarganya itu dikongsikan, ramai yang perasan dengan aksi anak bongsu Fasha Dan Aidil bernama Aisha. Comel sungguh lagaknya.

Selain itu, lebih menarik perhatian netizen apabila Aisha seakan sungguh tertarik dengan bayi kecil yang didukung oleh Fasha. Tak hairanlah ada memberikan respons bahawa Aisha dah nak adik.

Sama ada betul atau tidak itu tanda-tanda kakak nak dapat adik, hanya Fasha yang tahu. Moga adalah rezeki untuk Aisha timang adik ya. Apa pun didoakan moga semua yang baik-baik buat mereka.

Terdahulu, Fasha telah diijabkabulkan dengan Toh Muda Rizal Ashram “Jejai” Ramli yang juga bekas suami pelakon Nora Danish pada 27 April 2012. Mereka dikurniakan dua anak—Putra Rayfal Ramli dan Putri Raysha Jemaima.

Bagaimanapun jodoh mereka tidak panjang.  Pada 20 Januari 2016, Fasha dan Jejai secara rasmi berpisah dengan talak satu. Pada Jun 2018, Fasha dilaporkan menjalin hubungan dengan Aidil selepas Aidil menjayakan sitkom Mamu Mami Gosip terbitannya.

Bahkan sebelumnya Fasha menyifatkan Aidil ialah sahabat yang membuatnya gembira dan ketawa. Tak lama, Fasha dan Aidil melangsungkan perkahwinan mereka pada 28 Mac 2019, iaitu bersempena dengan ulang tahun kelahiran Fasha ke-35.

Sumber : IG Fasha Sandha

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!