“Letop beg Birkin hampa” – Netizen

Siapa sahaja yang tidak mengenali pelakon Rozita Che Wan yang sinonim dengan gayanya yang terpesona dan sentiasa menjadi perhatian di mana jua dirinya berada. Walaupun Rozita Che Wan atau mesra dengan nama Che Ta sudah hampir memasuki usia 50 tahun, Che Ta masih tampak muda dari usianya. Bukan sahaja tampak muda malah pandai menjaga pemakanan supaya kekal sihat.

Baru-baru ini, Che Ta telah berkongsi gambar menerima dos pertama vaksin menerusi laman Instagramnya. Lebih menarik perhatian netizen adalah beg berjenama mewah iaitu Hermes Birkin yang dibawa oleh Che Ta ketika menerima d0s vksn menjadi bualan hangat netizen.

Seperti yang kita sedia maklum, beg Hermes Birkin yang berjenama mewah itu mencecah ratusan ribu dan hanya dipakai oleh golongan kaya-raya sahaja. Untungnya Che Ta dapat melaram dengan beg mewah miliknya.

Bukan itu sahaja, kapsyen pada posting video Che Ta yang dikongsi itu juga mencuit hati apabila bahasa negeri Kedah ‘peqhak buih’ menghiburkan netizen.

Rata-rata netizen terhibur dengan loghat Kedah yang disebut Che Ta menerusi kapsyennya. Che Ta sememangnya popular dengan loghat Kedah yang pekat dan tidak pernah malu dengan asal-usulnya.

“Lama tak sebut peghaq buih”- Anita Baharom

“Peghak buih.. kami gelak sampai saakit ughat peghut tau dak”- Netizen

Dalam pada itu, posting video Che Ta telah menerima hampir 11 ribu tanda suka dan menerima pelbagai reaksi daripada netizen di ruangan komen. Ada juga netizen memuji Che Ta yang sentiasa tampil cantik dan bergaya.

Untungnya jadi Che Ta ye, dah lah cantik pandai bergaya pulak tu. Apa-apa pun, beg tetap maintain high class gitu hehehe..

Sumber: Instagram Rozitachewan1

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!