“Afiyah seronoknya dia dapat baju berjoget2” – Netizen

Ramai peminat setia Datuk Seri Siti Nurhaliza yang sekian lama mengikuti perkembangan penyanyi berkenaan baik dari segi kerjaya mahupun kehidupan peribadi cukup mengenali anak-anak kepada penyanyi pujaan mereka itu. Jika dahulu Datuk Seri Siti Nurhaliza yang diuji dengan 11 tahun penantian cahaya mata pertama kini telah berbahagia dengan kehadiran buah hati sulungnya Siti Aafiyah, rezeki penyanyi nombor satu negara yang mesra disapa Tokti itu semakin melimpah ruah apabila dikurniakan lagi seorang cahaya mata lelaki pula sekitar bulan Ramadhan yang lalu.

Tokti kini memperlahankan aktiviti seni beliau memandangkan negara kini sedang dilanda pndmik. Tumpuan beliau kini lebih kearah perniagaan dan kehidupan peribadi memandangkan beliau mempunyai dua orang anak yang sedang membesar.

Tokti juga mempelbagaikan lagi perniagaan beliau apabila turut melancarkan produk minuman yang menampilkan anaknya Siti Aafiyah. Siti Aafiyah yang dilahirkan pada tanggal 19 Mac 2018 itu telahpun berusia 3 tahun dan semakin bijak bertutur serta berinteraksi bersama ahli keluarga beliau.

Pasti ada sahaja akal kanak-kanak berkenaan yang menarik perhatian dan mencuit hati para peminat. Menerusi instagram story, Tokti adakalanya turut berkongsi gelagat anaknya serta aktiviti terkini anaknya itu buat tatapan para peminat beliau.

Video-video yang dikongsikan oleh Tokti, pasti akan dikongsikan kembali menerusi beberapa instagram para peminat setia Tokti. Menerusi instagram yang diwujudkan oleh peminat Tokti atas nama babyctdk, instagram tersebut berkongsi beberapa video yang memaparkan gelagat anak-anak Tokti iaitu Aafiyah dan Afwa.

Terkini, terdapat sebuah video yang dikongsikan dimana memaparkan Aafiyah sedang berjoget dengan riang sambil memakai baju daripada watak filem kanak-kanak berjudul Frozen.

Aafiyah yang sedang asyik menari di usik oleh Tokti dengan bertanyakan mengenai siapa yang membelikan baju tersebut kepada kanak-kanak itu. Dengan penuh semangat Aafiyah menjawab bahawa ibunya yang membelikan baju berkenaan walaupun ayahnya cuba mencelah mahu Aafiyah mengatakan sebaliknya.

Pandai betul Aafiyah menari. Melihat kanak-kanak berkenaan menari dengan perasaan gembira membuatkan para peminat Tokti juga turut terhibur dan merasa geram dengan sikap comel serta mencuit hati kanak-kanak berkenaan.

Para peminat turut mengakui wajah Aafiyah sangat seiras dengan Tokti. Memang sekali pandang wajah Aafiyah saling tak tumpah seperti Tokti ketika zaman muda remaja dahulu.

Bertuah sungguh Aafiyah dapat mewarisi kejelitaan ibunya. Berikut dikongsikan beberapa komen yang ditinggalkan para peminat.

Geram betul tengok gelagat Siti Aafiyah yang comel ni. Nampak berbunga-bunga betul hati dia sebab ibu sudi belikan baju Elsa tu untuk dia. Siti Aafiyah yang sudah pun menginjak keusia 3 tahun sangat petah bercakap dan sangat cerdik. Nak bergaya dengan baju Elsa tu macam-macam gaya Aafiyah buat. Siap menari lagi hiburkan ibu dan ayah dia.

Para peminat juga merasa sangat gembira melihat kehidupan Tokti yang terkini kerana kelihatan sangat bahagia apabila dikurniakan sepasang anak lelaki dan anak perempuan setelah sekian lama menanti kehadiran zuriat suatu masa dulu.

Mudah-mudahan kasih sayang dalam keluarga Tokti ini berkekalan. Peminat juga turut mendoakan agar Aafiyah menjadi seorang kakak yang baik dan menyayangi adiknya Afwa.

Sumber : ig babyctdk

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!