“Balik keje kena buuli ngn anak, nangis Jlo tgk” – Zila Bakarin

Apabila perintah kawalan pergerakan harus diteruskan, ramai orang yang berkeluarga agak tidak bersemangat kerana sudah bosan terperap di dalam rumah. Penat kerana tidak dapat melakukan aktiviti diluar rumah membuatkan masing-masing sudah tidak larat untuk berada dalam rumah untuk jangka masa yang lama lagi. Makanya, ibu bapa seharusnya kreatif untuk gembirakan anak-anak.

Begitulah yang dirasai oleh pelakon wanita veteren, Zila Bakarin dan keluarganya. Beliau yang punyai 2 orang anak perempuan selalu dilihat bersama meluangkan waktu bersama keluarganya di rumah memandangkan perintah kawalan pergerakan diteruskan.

Jika dilihat dari laman ig Zila Bakarin, suaminya kelihatan seperti seorang bapa yang tegas dan garang. Namun sebenarnya suami Zila yang bernama Azri Azhar itu adalah seorang yang sangat suka melayani kerenah anak-anak mereka.

Baru-baru ini, beliau berkongsi sebuah video dimana suaminya itu meluangkan masa bersama anak-anaknya membuat tarian tiktok.

Dilihat suami Zila seronok melayan kerenah anak-anak gadisnya menari Tiktok. Zila berseloroh di bahagian kapsyennya bahawa mungkin ini adalah kesan-kesan selepas vaksiin terhadap suaminya itu.

Ramai rakan artis turut terhibur melihat kerenah 3 beranak ini termasuklah Azza Elite yang mengatakan anak sulung Zila itu sungguh seakan personaliti seperti ibunya.

Netizen kelihatan sangat terhibur melihat keluarga Zila dan memuji suami Zila yang sangat rajin melayan anak-anak gadisnya itu.

Ibu bapa dalam Malaysia ini sebaiknya mencontohi sifat suami Zila kerana melayani anak-anak dan menggembirakan mereka adalah satu pahala kerana ia adalah satu kebaikan pada keluarga kita.

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!