“Wahh dia pun nk jd penyanyi macam mummy dia”- Erul Samah

Mana tumpahnya kuah jika tidak ke nasi. Begitulah peribahasa yang sesuai dapat digambarkan tatkala melihat perangai anak dan ibu atau bapa. Pasti salah satu perangai anak akan ada yang serupa macam ibu atau bapa mereka. Maka sebab itulah orang selalu kata, sikap anak adalah cerminan ibu bapa. Betul atau tidak?

Melihat satu-satunya anak kepada selebriti Ayda Jebat dan Nabil iaitu Ana Nayla, gelagat si kecil ini sama seperti ibunya. Ana Nayla pun sememangnya lebih iras kepada wajah ibunya. Comel pun ikut ibu dia kan..

Bukan itu sahaja, rupanya si kecil ini pun dah mula tunjuk suka menyanyi sama seperti ibunya. Ini semua gara-gara ibu dia lah ni ye hehe..

Ayda antara selebriti yang popular dengan lagu Pencuri Hati ini sering berkongsi perkembangan anaknya di Instagram.

Posting Ana Nayla sentiasa mencuri tumpuan netizen termasuklah peminat ibunya sendiri. Almaklumlah kecomelan Ana Nayla ini membuatkan netizen geram melihat telatah si kecil ini. Comel sangat macam ibu dia.

Video Ana Nayla dikongsi Ayda baru-baru ini menghiburkan netizen apabila Ana terikut-ikut ibunya menyanyi sekali. Amboi Ana ni, kecil-kecil dah pandai nyanyi ye..

Walaupun baru menginjak usia enam bulan, Ana seolah-olah sudah tahu ibunya seorang penyanyi selepas memberi reaksi apabila mendengar ibunya mengeluarkan suara soprano.

Dalam pada itu, video Ana telah menerima tontonan sehingga satu juta tontonan dan 1000 komen. Rata-rata netizen akui, muka Ana sama iras dengan ibunya dan Ana seorang yang suka senyum sama seperti Ayda.

“Muka ayda sangat ni, eii geramnya macam span lah budak ni, ni dalam perut dah belajar dah ni bagus, mommy junior sangat ni”- Netizen

Alahai comelnya Ana Nayla ini. Lepas ni habislah mommy Ayda tak ada job kena caras dengan baby Ana ni hehe.. Semoga Ana jadi anak yang solehah ye, cepat je dah enam bulan usia Ana Nayla.

Sumber: Instagram aydajebat

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!