“Lirik dia dah ok tapi knp perlu kostum yang pelik” – Netizen

Sebut sahaja nama Datuk Vida pasti ramai yang terbayangkan sikap usahawan kosmetik berkenaan yang sering membuat gimik dengan tingkahlakunya yang suka ketawa dengan gayanya yang manja. Nama beliau sering meniti di bibir para netizen dek kerana gimik dan gelagat dirinya yang lucu. Beliau juga kini tampil setiap minggu di program nyanyian Big Stage sebagai juri Netizen.

Sebagai seorang usahawan, pasti akan ada sahaja gimik-gimik yang dilakukan oleh beliau untuk mempromosikan produk.

Gelagat beliau yang melucukan sambil mempromosikan produk- produk keluaran syarikat berjaya menarik perhatian masyarakat sekaligus membuatkan orang ramai kini cukup mengenali produk- produk yang di pasarkan di bawah syarikat beliau.

Nama beliau mula dikenali ramai apabila beberapa tahun sebelum ini beliau tampil di kaca televisyen dengan menjadi penaja utama program hiburan Gegarvaganza.

Sejak dari situ, orang ramai mula mengenali beliau apatah lagi menerusi gelagat beliau di dalam program hiburan berkenaan yang sering mengenakan mahkota di atas kepala serta tampil dengan gaya beliau yang tersendiri.

Datuk Seri Vida atau nama sebenar beliau Datuk Seri Dr Hajjah Hasmizah Othman turut mengambil langkah drastik dalam strategi pemasaran apabila beliau kemudiannya tampil dengan lagu single pertama beliau iaitu I Am Me.

Lagu yang ringkas dengan muzik yang sangat catchy itu berjaya melonjakkan nama beliau dalam bidang hiburan pula.

Satu- satunya anak perempuan kepada usahawan kosmetik terkenal itu iaitu Cik B mula trjun kedunia hiburan sebagai pelakon menerusi drama Lelaki Lingkungan Cinta di samping Naim Daniel, Shasha Abedul dan juga Ismail Izzani.

Selain daripada berlakon, Cik B juga turut bergelar penyanyi. Namun begitu, tidak seperti ibunya yang menyanyikan lagu berentak rancak, Cik B pula selesa dengan lagu bergenre Hip Hop. Lagu single pertama Cik B yang berjudul Tolonglah adalah hasil nukilan lirik daripada beliau dan ibunya sendiri.

Jika sebelum ini, Dato Vida pernah mengeluarkan single I Am Me sesuai dengan karakter diri beliau yang “happy go lucky” dan sentiasa ceria, semalam beliau telah melancarkan sebuah lagi lagu terbaru yang berjudul Ku Ikhlaskan.

Namun begitu, apa yang menarik perhatian adalah gimik pakaian dan costume yang di pakai oleh Dato Vida dalam video berkenaan yang sangat unik dan luar daripada kebiasaan meskipun lirik lagu tersebut menggambarkan luahan hati yang sedang dalam kesedihan.

Berkongsi sedutan klip video lagunya itu di media sosial, Dato Vida juga mengambil kesempatan untuk menjelaskan maksud sebenar di sebalik pembikinan muzik video lagunya itu.

Menerusi Instagram peribadinya Dato Vida berkata beliau bukanlah merupakan seorang penyanyi professional yang menjadikan nyanyian sebagai kerjaya.

Namun di sebabkan beliau merupakan seorang usahawan, beliau perlu sentiasa mencipta kelainan dalam melakukan promosi produk beliau. Beliau juga memiliki keperibadian yang gemarkan cabaran dan sentiasa ingin mencuba sesuatu yang baru.

Tampil dengan single lagu kedua berjudul Ku Ikhlaskan, beliau inginkan perubahan yang lain daripada konsep lagu I Am Me. Lagu Ku Ikhlaskan ini amat dekat dengan diri beliau.

Bait- bait lirik lagu Ku Ikhlaskan menggambarkan kisah yang sedih namun mempunyai muzik video yang sangat berwarna warni sebenarnya telah menggambarkan kehidupan peribadi dirinya sendiri.

Menurut Dato Vida, begitulah orang ramai melihat dirinya secara luaran yang di kenali dengan karakter beliau yang sangat ceria namun begitu apa jua yang terbuku di hatinya hanya Allah sahaja yang mengetahui segalanya.

Dato Vida juga berharap orang ramai akan dapat memberikan sokongan terhadap lagu terbaru terbitan syarikat beliau itu dan memohon orang ramai untuk menonton muzik video lagu berkenaan di saluran Youtube DSV Entertaiment.

Pelbagai reaksi daripada netizen di luahkan menerusi ruangan komen. Rata- ratanya berkata lagu berkenaan sedap di dengar. Malahan banyak komen- komen positif yang di tulis oleh netizen buat Dato Vida.

Sehingga kini perkongsian video klip Dato Vida di instagramnya itu telah menerima 308111 tontonan. Berikut di kongsikan komen- komen yang di tulis oleh netizen.

“Sedap suara dato. kalau pejam mata feel sgt lagu ni. tp bila buka mata xtau nk gelak ke nak nangis” – Netizen

“knpe nk kne pkai pelik2 lagu dh ok lah ok lah x lah xsdp sgt blh didngar meremang bulu sbb sore atau sblik nye xthu lah confuse “ – Netizen

Lumrah menjadi orang yang dikenali pasti tidak terlepas dengan kritikan daripada orang ramai. Bagaimanapun usaha Datuk Vida kali ini boleh di katakan membuahkan hasil kerana menerima banyak komen positif dan pujian daripada netizen. Tahniah buat Dato Vida.

Sumber: Instagram datoserivida

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!