“Duk m4tii2 ingatkan girl, alahai comeyy nye baby”- Netizen

Setiap perkahwinan, pasti menginginkan cahaya mata. Siapa je taknak ada anak sendiri kan. Begitu juga dengan pelakon yang bernama Anzalna Nazir dan pasangannya ini. Anzalna yang baru melahirkan bayi lelaki yang bernama Emirhan telah memuat naik foto anak kesayangnnya itu dengan caption “Emirhan is one month old today. Alhamdulillah, Cepat masa berlalu”. . Wah, mummy Anzalna excited, para netizen pun sama naik excited juga.

Anzalna dan pasangannya, Hanif Zaki kini sudah mempunyai dua orang cahaya mata, dan kedua-duanya adalah lelaki. Yang sulung bernama Mohamad Eidress . Kini, Eidress dah jadi abang lah kan setelah mummy Anzalna lahirkan baby boy baru.

Antara komen netizen pada video Anzalna ialah “Sebulan dah ? Rasa macam baru je lahir”, “ Bila bersalin ni.. aaa comeynya” , rata-rata tidak sangka bahawa Emirhan sudah pun berusia satu bulan. Cepat masa berlalu, pejam celik dah masuk sebulan Emirhan dilahirkan.

Manakala, abangnya yang bernama Eidress pula sudah berusia 3 tahun. Baru-baru ini, pada 1 Jun, Anzalna meraikan hari lahir anak sulungnya itu. Eidress pun comel tau. Tahun ni Eidress dah ada geng nak bersuka ria iaitu Emirhan.

Ada juga yang memberi komen seolah-olah nama anak-anak Anzalna Eidress dan Emirhan seperti nama orang Turki. Aik, yeke ? Betul lah tu kot, muka pun dah macam kacukan juga. Putih melepak ikut mama dan papanya. Hanif pula hidung mancung.

Anzalna yang kini masih lagi berpantang tidak melupakan tugasnya sebagai seorang selebriti. Cuti-cuti pun masih ingat kerja, masih up-to-date tau. Jadi takde lah peminat-peminat tertanya-tanya apa khabar beliau di sana.

Sebelum ini, Anzalna pernah menyatakan hasratnya kalau boleh nak anak pertama dan keduanya berkongsi tarikh lahir yang sama. Tapi, apa yang jadi, adiknya terlewat beberapa hari pula. Tak apalah, dapat berkongsi lahir pada bulan yang sama pun dah happy. Boleh celebrate untuk sebulan terus kan. Kita hanya mampu merancang.

Agaknya, Emirhan ikut muka siapa ya ? Anzalna ke Hanif ? Tak kisahlah muka siapa pun, yang penting walau pun baru sebulan, dah boleh nampak kecomelan bayi tersebut. Yelah, mana ada bayi yang tak comel kan, semua bayi comel.

Justeru, semoga Emirhan membesar dengan sihat dan aktif. Nanti dah besar sikit boleh lah teman abang Eidress main bola sama-sama. Semoga Anzalna sekeluarga dilimpahkan rezeki dan berbahagia. Dah habis berpantang bolehlah kembali aktif ke dunia hiburan.

Sumber : Ig Anzalnanasir88

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!