“Aku syok dgr mek ni kecek, sho shomel” – Netizen

Tinggal beberapa minggu lagi dirinya akan menempuh alam baru sebagai seorang ibu. Begitupun, sejak mendirikan rumah tangga dengan pelakon, Fizo Omar, tambahan sekarang sedang sarat berbadan dua, nampaknya dia masih tetap ‘istiqomah’ memberikan motivasi dan inspirasi kepada mereka di luar sana bagi meningkatkan keyakinan. Justeru ramai yang kagum dengan, Fazeera Nazri ini.

Jika dilihat hantarannya kali ini, wanita berasal dari Sarawak itu berkongsi kaedah mengelakkan diri daripada individu dan persekitaran toksid. Ya… ramai je macam tu kan… Jadi ramai netizen di ruangan komen bersetuju dengannya.

Bukan sahaja cantik, bijak berkata-kata dan memberikan kata-kata semangat, gaya percakapannya yang tersusun elok dan teratur juga membuatkan ramai netizen mengakui suka melihatnya.

“it’s a very good info… thank you very much beb.. love you always..”, “Tq so much.. I really need this.. ”, “Aku sy0k dengaq mek ni kecek.. Sho shomel”, “I like your delivery, Menusuk kalbu…”. “Omg cntik with brain…cntik semua nye”. Itu antara komen netizen.

Dalam kapsyen hantarannya itu, sempat Fazeera berkongsi bahawa sebagai bekas pramugari yang sebelum ini bekerja dengan salah satu syarikat penerbangan yang paling terkenal, dia mengakui ia bukanlah satu kerja yang mudah.

Akui Fazeera, dia menghadapi banyak cabaran terutamanya dalam mengendalikan mereka di persekitaran yang merupakan rakan sekerjanya, pegawai atasan dan penumpang. Katanya, hampir mustahil untuk mengubah tingkah laku orang.

Tambah Fazeera apa yang dipelajarinya ialah cara menggunakan rangka kerja sendiri mengikut situasi. Katanya, ia bukan tentang mengubah dunia tetapi bagaimana menghadapi fikiran kita sendiri untuk bertindak balas terhadap situasi tersebut.

Fazeera juga berharap mereka yang menghadapi masa sukar di tempat kerja dapat menggunapakai tip diberikannya dan berkesan. Nampaknya dia memang seorang yang tak kedekut ilmu kan…

Pada masa sama, ada juga yang mencadangkan agar Fazeera dapat berkongsi tip-tip motivasi diberikannya dalam bahasa Melayu. Kesian pula mendengar luahan netizen ada teruja mendengar, tetapi tak faham dalam bahasa omputeh.

Apa pun memang terbaik usaha Fazeera ini. Moga dapat terus memberikan kata-kata motivasi dan membina untuk netizen di luar sana. Setidak-tidaknya dalam dok main medsos, terisi juga minda dengan adanya individu macam Fazeera ini kan…

Sumber : IG Fazeera Nazri

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!