“Paling win baju oren la tenaga kalah anak dara ooo” – Netizen

Orang selalu berfikir bahawa semasa masih dalam lingkungan usia yang muda sahaja kita boleh menikmati kehidupan yang penuh aktif dan bertenaga. Kerana apabila kita sudah tua, selalunya masa-masa tersebut kita tumpukan perhatian sepenuhnya kepada keluarga dan juga kerjaya kita. Lagipun, kelihatan seperti tidak senonoh jika sudah berumur tetapi masih lagi bertabiat kalah-kalah orang remaja.

Namun, itu hanyalah stereotaip sesetengah masyarakat. Ada juga individu yang langsung tidak bertanggapan sedemikian. Bagi mereka, umur itu hanyalah angka dan tidak semestinya kita tidak boleh menikmati kehidupan secara aktif walaupun sudah berumur senja.

Seperti pelakon terkenal Didie Alias, walaupun beliau sudah berumur 49 tahun, namun itu sedikitpun tidak menghalangnya untuk terus kekal akfif dalam kehidupan sehari-harian. Pelakon yang terkenal dengan panggilan Mummy ini langsung tidak berasa malu untuk mengongsikan aksi lawak dia bersama-sama dengan dua lagi selebriti tanahair iaitu Reen Rahim dan Syafie.

Benarlah pepatah yang mengatakan “jangan biarkan usia mendefinisikan anda”. Tak usah risau dengan usia kerana itu hanyalah angka semata-mata. Walaupun usia akan mencecah kepala 5 pada tahun hadapan, Mummy tetap bersemangat dan bertenaga.

Dalam video perkongsian Mummy yang dimuatnaik melalui akaun Instagramnya, Mummy, Reen dan juga Syafie tampaknya sedang menari tarian hindustan menggunakan aplikasi TikTok. Tiga sekawan ini memang lawak benar apabila sudah bertemu. Terdahulu, tiga sekawan ini juga ada mengongsikan satu video mereka yang kononnya meniru bunyi binatang.

Kali ini pula, giliran Mummy untuk memuatnaik video pendek mereka yang sedang menari tapi tidak tahulah langkah apa yang digunapakai. Aksi Mummy disini memang sangat bertenaga, lebih bertenaga berbanding dengan tarian Reen dan Syafie. Apa tidaknya, lenggok serta pusingan badan Mummy benar-benar sesuai dengan lagu latar video tersebut yang rancak.

Dalam hanya 19 jam video ini dikongsikan, ianya sudah berjaya mengumpul sebanyak 68,856 tontonan dan 145 komen. Rata-rata netizen terhibur dengan tarian Mummy yang penuh dengan semangat dan hanya mengisi ruangan komen dengan hanya memberikan emoji ketawa.

Selain itu, ramai juga netizen yang mengatakan bahawa mereka suka tengok Mummy disebabkan oleh tenaganya yang ummph dan ‘power’.

Namun, tetap juga ada komen-komen yang langsung tidak enak didengar ditulis oleh netizen. “Paarah noh la orang tua ni”. “Macam k4fir perangai”. “Mengalahkan fir4un”

Hmm, min tak tahulah apa nak cakap. Mungkin yang baik dalam pandangan netizen tersebut yang pakai baju kurung 24 jam dan hanya bergerak untuk makan dan tidur sahaja, kan?

Sumber: Instagram Didie Alias

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!