“Dia tiipu kau lagi ke, nak aku join mkn tak” – Hairul Azreen

Sebut sahaja nama Fikry Ibrahim, pasti anda sudah mengetahui jejaka kacak kelahiran Kedah ini yang popular dalam beberapa drama bersiri menerusi saluran televisyen. Melihat personaliti Fikry ini, beliau sememangnya seorang yang menghiburkan dan disukai ramai netizen dengan lawaknya. Meskipun posting di Instagram, itu pun sudah boleh membuatkan netizen ketawa melihat gelagatnya.

Jejaka yang masih berstatus bujang ini jarang ada gosip bercinta dengan mana-mana selebriti wanita atau sesiapa pun. Beliau lebih kepada berkongsi video dan gambar bersama peminatnya di Instagram.

Terbaru, salah sebuah posting video yang dimuatnaik Fikry menjadi perhatian netizen. Gara-gara geram kena ‘game’ dengan penjual aiskrim turki, Fikry terus balas dendaam dengan selamba makan kon aiskrim milik penjual itu.

Pasti ramai yang tahu tentang penjual aiskrim turki yang popular dengan persembahan dan trick mereka sebelum pelanggan menerima aiskrim.

Sehinggakan kita sendiri boleh geram dibuatnya. Begitulah juga yang dialami Fikry apabila tak dapat-dapat aiskrim yang dihulurkan penjual itu.

Menerusi video berkenaan, kelihatan Fikry dengan yakinnya ambil kon aiskrim dan makan. Gelagat Fikry membuatkan netizen terkejut melihat gelagatnya yang selamba itu. Kita sendiri pun tak pernah terfikir nak guna cara macam Fikry hehe..

Apa yang lebih menarik perhatian apabila penjual aiskrim itu langsung tidak terkejut dengan gelagat Fikry makan kon di hadapannya. Malah terus menunjukkan persembahannya di hadapan Fikry sendiri.

Video perkongsian Fikry itu kini meraih sehingga 407,000 tontonan dan 700 komen. Rata-rata netizen dan rakan artis turut sama terhibur melihat Fikry.

Sebahagian netizen juga memberi respon menerusi ruangan komen dan berkongsi pengalaman sama ketika berdepan dengan penjual aiskrim turki popular itu.

Muka Fikry Ibrahim betul-betul dah lapar ais krim tu. Nasib baiklah penjuak ais krim tu tak marah Fikry yang selamba ambil kon aiskrim kat tepi tu. Lawak lah Fikry ini, netizen pun terhibur tengok..

Sumber: Instagram fikryibrahim

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!