“Kasi la pakcik tu makan nasi minyak dulu kalau ye pun nak m4rah” – Zizan Razak

Setiap pelakon pasti mempunyai ciri khas dan bakat yang tersendiri ketika membawakan sesuatu watak dalam drama mahupun filem. Ada yang terkenal dengan watak j4hat, antag0nis, ps1ko dan juga sebagai watak orang yang baik-baik sahaja ketika berlakon. Kelebihan yang tersendiri dalam diri setiap pelakon itulah yang menjadi titik diri mula dikenali dalam membawakan sesebuah watak yang mampu menggoncang perasaan para penonton.

Satu lagi drama khas yang bakal ditayangkan ketika menjelangnya bulan Ramadhan tidak lama lagi ini telah berjaya menarik minat para penggemar drama tempatan melalui perkongsian video ‘teaser’ di Instagram.

Drama bersiri yang bakal disiarkan di Astro Ria ini telah menampilkan gandingan khas pelakon-pelakon hebat antaranya Emma Maembong, Fikry Ibrahim, Dayana Roza dan ramai lagi. Drama bertajuk Nusyuz Berkiblat Cinta ini merupakan drama arahan dari Hadith Omar yang dikatakan berkisar dengan kisah keganasan rumahtangga.

Cuplikan video dari drama itu telah dimuatnaik oleh Emma Maembong ke Instagramnya ternyata membuatkan ramai yang terkejut dengan lakonannya dalam drama baru tersebut. Emma yang realitinya dikenali sebagai seorang artis yang lemah-lembut ternyata mampu mengubah karakter aslinya itu menjadi tegas dan garang demi menjayakan drama tersebut.

Emma Maembong sebagai watak utama yang memainkan peranan penting dalam drama Nusyuz Berkiblat Cinta ini telah dipuji ramai. Netizen mengatakan bahawa bakat lakonannya kini kian menyerlah dengan lebih lagi jika dilihat dari perkongsian video tersebut.

Pada awal permulaan kerjaya Emma dalam bidang hiburan, dia pernah membawakan watak sebagai Ustazah Shamsiah dalam drama terbitan TV Alhijrah yang merupakan arahan daripada Erma Fatima.

Dari situlah Emma mula diberi kepercayaan oleh pengarah hebat Erma Fatima yang telah mengembangkan lagi bakat besarnya itu dalam industri hiburan tanah air.

Bukan sahaja peminat dan netizen yang teruja dengan perkongsian video tersebut, rakan artis iaitu Zizan Razak juga tidak ketinggalan meningg4lkan komen yang berbaur lucu kepada Emma.

Dia mengatakan bahawa Emma patut memberikan nasi minyak terlebih dahulu kepada pakcik tersebut sebelum mem4rahinya.

Ada juga netizen yang berpendapat bahawa pakcik tersebut wajar mendapat bayaran lebih disebabkan terpaksa menahan telinga dari amarah Emma yang kuat ke telinganya itu.

Berbagai-bagai komen lucu yang diberikan oleh netizen. Kebanyakan dari mereka sudah tidak sabar lagi menunggu drama tersebut mula ditayangkan di layar TV.

Sumber: Instagram Emma Maembong

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!