“Untungnya dpt Kak Zulin, cantik baik dan rajin masak” – Netizen

Alam perkahwinan adalah saat yang dinanti-nantikan oleh setiap pasangan. Secara umumnya, perkahwinan adalah satu fitrah manusia maka sebab itulah Islam menganjurkan untuk menikah. Buat pelakon dan pengacara Zulin Aziz, perkahwinan adalah momen yang sudah sekian lama telah dinantikan apabila sebelum ini, Zulin pernah melalui kisah tragis selepas impian perkahwinannya musnah di tengah jalan.

Hati mana yang tidak terluuka apabila episod duka sebegitu berlaku dengan sekelip mata. Namun Zulin tetap bangkit menguatkan semangat dirinya.

Kisah ‘pelamin angan musnah’ Zulin telah menjadi perhatian ramai tertutamanya golongan media.

Sekali lagi, Zulin menjadi perhatian ramai peminat-peminatnya selepas mengumumkan bakal berkahwin pada bulan hadapan. Pengumuman itu dibuat di ig storynya.

Berita gembira yang disampaikan oleh Zulin ternyata membuatkan ramai peminat-peminatnya menyatakan perasaan gembira dan bersyukur apabila Zulin akhirnya bakal ke jinjang pelamin.

Rata-rata netizen mnggalkan komen dengan mengucapkan tahniah buat Zulin dan teruja untuk menunggu hari bahagia Zulin nanti.

Dalam pada itu, posting video Zulin bersama bakal suaminya telah menjadi tumpuan sehingga menerima tontonan hampir 270 ribu dan ratusan komen dari netizen.

Syukur Alhamdulillah buat Zulin. Semoga jodoh Zulin bersama bakal suami kekal hingga jannah.

Sumber: Instagram Zulinaziz

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!