“Fattah mcm bapa-bapa menunggu mak bersembang” – Netizen

Nama pasangan selebriti Fattah Amin dan Nur Fazura tidak usah lagi perlu diperkenalkan. Pasangan ini cukup disayangi dan sering menjadi idola kepada peminat. Rutin kehidupan pasangan ini juga telah berubah sebanyak 360 darjah selepas menimang cahaya mata pertama mereka iaitu Nur Fatima Aisya pada 2 Oktober 2020. Sesungguhnya tiada kata-kata yang dapat menggambarkan kebahagiaan kehidupan mereka.

Selain dikurniakan cahaya mata perempuan yang comel sebagai pelengkap bahtera rumah tangga, hanya rasa syukur yang mampu dipanjatkan atas segala kurniaan dan rezeki dilimpahkan kepadanya selama ini.

Memiliki suami penyayang dan mempunyai kerjaya seni yang cukup berjaya dan kini telah mempunyai perniagaan yang semakin stabil membuatkan kehidupan Aktres Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-27 itu sempurna.

Umum mengetahui bahawa pasangan sama cantik sama padan ini telah bertemu jodoh apabila kedua- duanya berlakon bersama menerusi drama Hero Seorang Cinderella. Fenomena pasangan itu ketika drama berkenaan telah mencetuskan tanda pagar FattZura.

Para peminat yang merestui hubungan mereka berdua ketika itu sangat mengharapkan hubungan berkenaan menjadi kenyataan.

Ternyata jodoh sememangnya kuat buat pasangan ini apabila mereka berdua mengambil keputusan untuk mendirikan rumahtangga pada 27 November 2017 dalam satu majlis tertutup sebelum kemudiannya membuat majlis resepsi dengan menjemput rakan-rakan artis dan media.

Penampilan Fazura semakin jelita sejak beliau mengenakan hijab, malahan beliau juga telah melancarkan jenama tudung di bawah label beliau sendiri iaitu Tudung Fazura.

Sambutan yang diterima daripada orang ramai juga sangat menggalakkan sehingga tudung tersebut sering terjual kesemuanya dalam tempoh yang amat singkat.

Sebagai pasangan selebriti yang dikenali ramai, apa juga perkongsian mereka di media sosial akan menjadi tumpuan dan perhatian orang ramai.

Kemesraan pasangan ini juga sering membuatkan para pengikut akaun Instagram mereka bersemut melihat kebahagiaan mereka berdua.

Menerusi perkongsian terbaru di Instagram peminat Fazura, peminat berkenaan memuatnaik satu video di mana memaparkan pertemuan beliau dengan Fazura.

Dalam video yang dikongsikan itu, kelihatan Fazura yang ketika itu sedang ramah berbual mesra melayani para peminat beliau.

Bagaimanapun turut kelihatan di dalam video adalah suaminya Fattah yang setia menunggu di belakang sehingga isterinya itu selesai melayani para peminat.

Namun begitu, gelagat Fattah yang meletakkan tangan di belakang dan acap kali melihatkan Fazura mirip sekali dengan tingkah laku golongan para suami yang lain yang menunggu isteri mereka selesai bersembang.

Sehingga kini perkongsian di Instagram peminat Fazura itu telah mendapat mendapat perhatian para peminat Fazura yang lain.

Rata- rata peminat berkata mereka merasakan gelagat Fattah itu agak mencuit hati. Malahan ada yang menyamakan babak berkenaan seolah- oleh seperti babak di dalam drama. Berikut dikongsikan komen-komen para netizen.

Setelah berkahwin dan bergelar seorang ibu, penampilan Fazura kelihatan semakin sopan dan sering berkongsi gambar beliau menutup aurat membuatkan para peminat semakin gembira dengan penampilan baru beliau itu.

Perubahan penampilan pelakon jelita itu semakin positif dan membuatkan para peminat lebih menyenangi usaha serta sikap beliau dalam memperbaiki dirinya.

Sejuk hati para peminat Fazura apabila melihatkan penampilan beliau yang kian mengambil inisiatif dan usaha untuk mengenakan pakaian yang labuh serta longgar secara bersederhana tanpa terlalu mencuba untuk mengikuti perubahan aliran fesyen semasa.

Sumber: ig fazura kl stokis

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!