“Suka dengar cara Fazura berkomunikasi, sedap dgr lenggok suara” – Netizen

Nama selebriti wanita jelita iaitu Nur Fazura sememangnya dikenali satu Malaysia dan amatlah disayangi oleh peminat kerana sikapnya yang jelas ternyata amatlah baik serta humble. Jarang-jarang kita dengari cerita negatif tentang sikap pelakon ini melalui peminat ataupun orang luar, malah ramai yang memuji personaliti beliau yang sering bersikap positif dan baik hati dengan para peminat.

Penampilan Fazura juga semakin jelita sejak beliau mengenakan hijab, malahan beliau juga telah melancarkan jenama tudung di bawah label beliau sendiri iaitu Tudung Fazura.

Sambutan yang diterima daripada orang ramai juga sangat menggalakkan sehingga tudung tersebut sering terjual kesemuanya dalam tempoh yang amat singkat.

Baru-baru ini tular satu video yang di kongsikan oleh stokis tudung fazura di Instagram yang memaparkan kemesraan Fazura melayan seorang peminat yang sudah lama meminati dirinya di sebuah majlis perjumpaan peminat dan Fazura.

Kemesraan dan kerendahan hati Fazura semasa melayan peminatnya yang difahamkan merupakan seorang wanita sekitar umur 50-an itu telah mendapat perhatian ramai hinggakan tular di media sosial.

Jika dilihat dalam video berkenaan, Fazura sama sekali tidak kekok untuk menciiuum pipi serta memeluk wanita berumur itu dengan penuh rasa gembira. Fazura juga kelihatan terharu kerana mempunyai peminat yang sentiasa menyokong dirinya.

Selain dikurniakan cahaya mata perempuan yang comel sebagai pelengkap bahtera rumah tangga, hanya rasa syukur yang mampu dipanjatkan oleh pelakon wanita ini di atas segala kurniaan dan rezeki dilimpahkan kepadanya selama ini.

Rutin kehidupan Fazura juga telah berubah sebanyak 360 darjah selepas menimang cahaya mata pertama iaitu Nur Fatima Aisya pada 2 Oktober 2020.

Memiliki suami penyayang dan mempunyai kerjaya seni yang cukup berjaya dan kini telah mempunyai perniagaan yang semakin stabil membuatkan kehidupan Aktres Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-27 itu hampir sempurna.

Terbaharu menerusi Instagram peminat Fazura, satu video sesi temubual program bual bicara Wanita Hari Ini telah menjemput Fazura sebagai selebriti jemputan untuk menceritakan pengalaman beliau bergelar seorang ibu.

Topik Kasih Ibu Tiada Gantinya yang mengambil tema sempena hari Ibu itu di acarakan oleh sahabat pelakon Fazura sendiri iaitu Fahrin Ahmad.

Sedutan temubual berkenaan  telah dikongsikan di Instagram peminat kerana peminat Fazura itu merasa tertarik dengan gaya percakapan Fazura yg lemah lembut dan sangat tersusun.

Lenggok suara dan Intonasi suara Fazura juga sesuai untuk menjadi pengacara program bual bicara seperti program Wanita Hari Ini. Tidak di nafikan bahawa pertuturan seorang itu juga turut melambangkan sikap keperibadian individu tersebut.

Daripada gaya dan lenggok pertuturan Fazura yg sangat menyenangkan hati dan kata katanya juga cukup tersusun menyerlahkan lagi keperibadian beliau yang sangat merendah diri dan sangat menghormaati orang lain meskipun beliau merupakan satu nama besar dalam industri hiburan.

Malahan para peminat juga turut menyokong sekiranya selebriti kesayangan mereka itu di tawarkan menjadi pengacara program bual bicara tersebut.

Sikap rendah diri selebriti pujaan mereka itu menjadikan Fazura sememangnya seorang calon menantu idaman. Berikut dikongsikan komen-komen para netizen.

“Fazura sememang dah jadi pengacara profesional. Dalam bahasa inggeris lagi. Saya juga suka dengar dia berkata2 sedap dengan fakta sekali. Terbaik Faz sekiranya dia dioffer jadi pengacara .” – Netizen

Ramai yang gembira melihat dirinya kini sentiasa bahagia setelah bersama suami iaitu Fattah Amin dan anak perempuan mereka, Fatima.

Setelah berkahwin dan bergelar seorang ibu, penampilan Fazura kelihatan semakin sopan dan sering berkongsi gambar beliau menutup aurat membuatkan para peminat semakin gembira dgn penampilan baru beliau itu.

Perubahan penampilan pelakon jelita itu semakin positif dan membuatkan para peminat lebih menyenangi usaha serta sikap beliau dalam memperbaiki dirinya.

Sumber: ig breadbutter

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!