“Saya terpaksa rahsiakan pada awak Syatilla, maafkan saya Malaysia” – Shaheizy Sam

Acara Olimpik Tokyo 2020 telah menggamit suasana yang cukup meriah apabila banyak negara yang terlibat menerusi sukan yang berprestij itu termasuklah Malaysia. Siapa sangka, salah seorang atlet dari negara Uzbekistan mempunyai iras wajah yang sama seperti salah seorang pelakon Malaysia iaitu Shaheizy Sam selepas viiral menerusi laman Instagramnya. Pelanduk dua serupa, Begitulah yang dikatakan oleh ramai netizen selepas viral wajah atlet Olimpik dari Uzbekistan sama iras dengan Sam.

Pada awalnya, ramai sangkakan ia sekadar foto yg telah disunting namun ternyata sangkaan itu meleset. Bila dilihat semula, wajah mereka berdua begitu iras termasuklah mimik muka.

Posting Sam yang telah memuatnaik video atlet Uzbekistan itu telah meraih 500 ribu tontonan dan menerima ribuan komen yang rata-ratanya terkejut melihat ‘kembar’ Sam itu.

Dengan kapsyen lucu yang ditulis Sam, ramai netizen terhibur membacanya lebih-lebih lagi apabila melihat video yang dimuatnaik Sam.

Tidak kurang juga, rakan-rakan artis turut mengusik Sam menerusi komen. Seperti yang ramai tahu, Sam sememangnya suka bergurau dan sentiasa menghiburkan netizen dengan posting-postingnya di Instagram.

Sementara itu, isteri kepada Sam iaitu Syatilla Melvin turut menyiarkan status berkenaan suami. Dia menyeloroh menyatakan Sama telah meniipunya selama 11 tahun. Gurauan dari Syatilla nyata membuatkan peminatnya terhibur.

Dan posting video ‘kembar’ Sam jelas menarik perhatian ramai. Malah, Atlet Uzbekistan itu sekaligus menjadi popular di Malaysia selepas videonya tular.

Atlet Uzbekistan itu juga antara pemenang pingat gangsa bagi acara sukan angkat berat Olimpik 2020. Tahniah Kembar Sam.

Sumber: Instagram Shaheizy Sam

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!