“Lasak betul Yusof, berani betul berenang. Kalau bdk lain dh menjerit dah” – Netizen

Dato Aliff Syukri merupakan seorang usahawan kosmetik yang popular di Malaysia. Beliau bukan sahaja terkenal kerana terlibat dalam bidang perniagaan namun beliau juga pernah berlakon di dalam filem Badang membawa watak utama dan juga mengeluarkan beberapa lagu seperti Bobo Dimana, Abang Nak Tegur, Coba Bahagia, Biar Apa Orang Kata dan yang terbaru di hasilkan sekitar bulan syawal yang lalu iaitu lagu Lalala Raya.

Dato Aliff Syukri dan Datin Shahida telah mendirikan rumahtangga pada bulan Ogos 2007. Sepanjang perkahwinan mereka selama hampir 14 tahun itu mereka berdua dikurniakan 6 orang anak iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawi, Ameena dan Raudhah Arshiyah.

Sebaik sahaja dilahirkan, Dato Aliff Syukri telah mewujudkan sebuah akaun Instagram buat anak-anaknya itu. Buat anak keempat Dato Aliff iaitu Yusoff, akaun Instagram kanak-kanak tersebut di daftarkan di atas nama yusoffalqardawii dan Dato Aliff juga sering berkongsi aktiviti terkini kanak-kanak berkenaan dengan berkongsi foto dan video gelagat anaknya itu buat tatapan para peminat.

Terkini menerusi Instagram kanak-kanak itu, sebuah video yang dikongsikan memaparkan Yusoff tanpa ada rasa takut telah terjun ke dalam kolam renang di halaman rumahnya. Tindakan kanak-kanak yang baru berusia 3 tahun itu mencuri perhatian para pengikut akaun instagramnya.

Walaupun merasa risau melihat keadaan kanak-kanak itu yang terlalu berani dan lasak namun mereka juga memuji didikan Dato Aliff Syukri dan Datin Shahida dalam mendidik anak-anak menjadi seorang yang berani dan sudah pandai berenang pada usia yang masih kecil.

Para pengikut akaun Instagram kanak-kanak itu memuji sikap berani Yusof kerana sudah mampu berenang dengan baik walaupun baru berusia 3 tahun.

Yusof mengikuti jejak langkah adik beradiknya yang lain kerana boleh berenang dengan baik pada usia yang masih muda. Berikut dikongsikan komen-komen para pengikut akaun instagram Yusof terhadap video berkenaan.

Melihat gelagat Yusoff yang lasak dan pandai berdikari menunjukkan kanak-kanak tersebut memang sukakan cabaran walaupun masih lagi kecil. Anak-anak kecil sebaya Yusoff memerluukan didikan ibu bapa untuk mencorakkan dirinya.

Semoga hasil didikan yang hebat daripada individu yang hebat seperti Dato Aliff Syukri dan Datin Shahida akan menjadikan Yusoff seorang anak yang soleh dan pandai berdikari apabila dewasa kelak. InsyaAllah.

sumber : yusoffalqardawii_terlajaklaris

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!