“Untungnya dpt hadiah dari Agong, bukalah nk tgk dpt apa” – Netizen

Pernikahan pelakon Remy Ishak dan pasangannya, Ezza Yusoff telah menjadi sebutan ramai netizen sejak baru-baru ini. Lebih lebih lagi apabila hero malaya ini mempunyai ramai peminat wanita dan jelas sekali pernikahannya membuatkan peminat-peminatnya ‘paatah hati’ selepas melihat pelakon kesayangan mereka telah berkahwin. Walau apa pun, peminat-peminat tetap mendoakan kebahagiaan buat pelakon kacak ini.

Siapa sangka, Remy Ishak yang dikenali sebagai pelakon berbakat di Malaysia ini telah menerima hadiah perkahwinan daripada Yang Dipertuan Agong Sultan Abdullah Riayatuddin Al Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Wah beruntungnya Remy dan Ezza.

Remy telah berkongsi pengalaman menerima hadiah yang cukup istimewa daripada menerusi laman Instagram miliknya. Jarang sekali ya kita lihat selebriti Malaysia terima hadiah dari
YDPA Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah.

Rata-rata netizen yang melihat video tersebut teruja dan beranggapan bahawa YDPA Sultan Abdullah serta Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah antara peminat setia Remy Ishak.

Video yang dikongsi Remy telah ditonton hampir 600,000 tontonan dan dibanjiri komen daripada netizen.

Sebahagian netizen juga mengucapkan tahniah buat Remy dan Ezza serta mendoakan agar hubungan suami isteri ini berkekalan hingga syurga.

Beruntungnya Remy Ishak dan Ezza Yusof dapat hadiah dari Agong, bukan biasa-biasa ye hehe..

Sumber: Instagram remyishak

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!