“Minatnya kat awak, excited nampak muka awak” – Mak Shuib

Majlis pernikahan pelakon kacak Remy Ishak dan pasangannya Ezza Yusuf semalam telah mendapat perhatian ramai peminat malahan gambar- gambar sekitar majlis pernikahan pasangan itu juga masih lagi berlegar di media sosial kerana kerap kali dikongsikan oleh rakan artis, para peminat dan pengamal media yang gembira dan teruja dengan berita pernikahan pelakon tersebut.

Pasangan tersebut telahpun di satukan di Msjid Negara dengan hanya sekali lafaz. Majlis serba sederhana itu hanya di hadiri oleh keluarga dan sahabat terdekat. Mereka berdua yang lengkap berpakaian pengantin serba putih kelihatan gembira setelah selesai acara akad nikah dan masing- masing mengemaskini media sosial untuk berkongsi berita gembira tersebut bersama peminat, sahabat dan keluarga.

Remy dan pasangannya itu pernah bertunang pada tahun 2017 namun ikatan pertunangan itu akhirnya terputus pada tahun 2019. Hubungan mereka kembali bertaut apabila Remy telah membuat kejutan meraikan hari jadi Ezza di sebuah restoran.

Walaupun Remy pernah memutuskan pertunangan tersebut sebelum ini namun mereka berdua masih kekal berhubung dan jatuh bangun dirinya selama ini Ezza adalah wanita yang sentiasa bersama beliau. Perkenalan mereka selama 8 tahun dan sikap wanita berkenaan yang cukup sabar dan setia mengharungi dugaan dan ujian untuk bersama beliau telah menguatkan lagi keputusan pelakon tersebut untuk menyunting wanita tersebut menjadi isterinya.

Di fahamkan mereka sebenarnya merancang untuk mengadakan majlis pernikahan sekitar bulan Mei namun di sebabkan kekangan keadaan pandemik negara ketika itu majlis mereka terpaksa di tangguhkan.

Terkini menerusi Instagram Shuib telah berkongsikan sebuah video dimana beliau telah membuat panggilan video kepada pengantin baru iaitu Remy Ishak sebagai kejutan kepada ibunya.

Menurut Shuib, ibunya itu amat meminati pelakon Remy Ishak. Semasa reaksi ibu Shuib itu di rakamkan, kelihatan Ibu Shuib sangat teruja kerana dapat bercakap sendiri dan memberikan ucapan tahniah kepada Remy.

Ibu Shuib juga berkata beliau agak sedih kerana pelakon kegemarannya itu telahpun mendirikan rumahtangga. Namun beliau mendoakan agar Remy dapat menjadi suami yang baik sepertimana kebanyakan watak yang di bawa oleh pelakon itu menerusi drama.

Menjengah keruangan komen, rata- rata netizen berkata luahan hati ibu Shuib itu sebenarnya secara tidak langsung sudahpun menyatakan perasaan para gadis yang kecewa dengan berita pernikahan Remy.

Shuib yang merakamkan reaksi ibunya ketika itu tidak habis- habis mengusik ibunya itu yang sangat gembira kerana dapat bercakap sendiri dengan Remy Ishak. Berikut dikongsikan komen- komen netizen.

“semoga syuib tetap kuat… masih ada wanita disamping syuib Dan ansk2… bonda tercinta… semoga makcik trus diberi kesihatan yg bsik utk mjaga anak Dan cucu2 tersayang” – Netizen

Sebagai rekod, Shuib dan Remy Ishak pernah berlakon bersama dan mempunyai hubungan yang baik. Siapa yang tidak gembira sekiranya dapat bercakap dengan pelakon yang di minati selama ini.

Dapat dilihat reaksi wajah ibu Shuib yang sangat gembira kerana dapat bercakap menerusi perbualan video bersama pelakon kegemarannya itu.

Tahniah sekali lagi para peminat ucapkan di atas perkahwinan Remy dan pasangannya. Semoga bahagia dan berkekalan hingga akhir hayat. Semoga menjadi suami mithali yg sentiasa kita tengok dalam drama tu. InsyaAllah.

Sumber : Instagram shuib sepahtu

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!