“Banyak sangat isu kat Malaysia buat otak aku hilang”- Diana Danielle

Pelbagai isu yang terjadi di Malaysia tatkala pndmik cvd melanda bukan sahaja di negara kita malah satu dunia juga turut berlaku. Isu-isu yang berlaku di Malaysia sepanjang hari sentiasa menjadi bualan hangat netizen di laman sosial media. Di kala ramai rakyat Malaysia duduk di rumah dan tidak keluar ke mana-mana atas perintah kawalan pergerakan yang dikeluarkan oleh kerajaan, masa mereka lebih banyak terluang membuka laman sosial media setiap masa.

Golongan selebriti juga tidak ketinggalan sentiasa memuatnaik posting di laman media sosial memandangkan mereka tidak boleh melakukan sebarang pengambaran sepanjang perintah kawalan pergerakan.

Tidak terkecuali, pelakon cantik Diana Danielle juga serig berkongsi gambar dan aktif di laman sosial media sepanjang berlangsungnya perintah kawalan pergerakan.

Posting terbaru Diana Dianelle di laman Instagramnya menunjukkan Diana memuatnaik video beserta kapsyen yang cukup melucukan. Video dan kapsyen yang ditulis Diana seolah-olah memerli isu-isu semasa yang sedang berlaku di negara kita.

Bukan hanya Diana sahaja, selebriti lain juga byk meluahkan pendapat masing-masing berkenaan isu semasa menerusi laman sosial media mereka.

Sementara itu, video Diana telah menarik perhatian ramai pengikut-pengikutnya di Instagram. Pelbagai reaksi dan emoji menggambarkan perasaan lucu netizen menerusi ruangan komen.

Dalam pada itu, sehingga kini laman Instagram Diana mempunyai tiga juta pengikut dan sentiasa berkongsi gambar serta video bersama suaminya, Farid Kamil dan anak-anak.

Sumber: Instagram Dianadanielleb

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!