“Kenapa part last dgr lagu arwh air mata aku mengalir” – Netizen

Akhir-akhir ini tular isu yang agak paanas antara pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew dan juga influencer media sosial yang sangat dikenali iaitu Caprice atau nama sebenar beliau Ariz Ramli. Isu yang semakin hangat menjadi perdebatan itu dikatakan bakal sampai kemuncak pada 21J ulai ini ekoran beberapa lagi pendedahan yang bakal dilakukan oleh Caprice. Isu yang dikatakan tercetus semasa menjalankan misi bantuan ke Gaaza itu berlarutan apabila turut melibatkan beberapa pihak lain.

Walaupun pelbagai spekulasi sedang bertebaran dalam kalangan netizen di media sosial mengenai kisah dan punca sebenar perkara tersebut berlaku, namun sehingga kini Ustaz Ebit Lew hanya mengambil tindakan mendiamkan diri tanpa memberikan sebarang komen terhadap isu yang sedang hangat diperkatakan itu.

Isu panaas itu juga turut mendapat perhatian beberapa artis seperti pelakon Sharnaaz Ahmad dan Nabila Huda. Bagaimanapun ramai yang mengambil sikap tunggu dan lihat kerana tidak mahu menyebelahi mana-mana pihak serta menunggu untuk mendengar terlebih dahulu apakah punca sebenar yang bakal didedahkan oleh Caprice ada 21 Julai nanti.

Terbaru, Achey menerusi instagram telah memuatnaik sebuah video yang berkongsikan kata-kata berbentuk nasihat buat para pengikut akaun Instagram beliau. Achey atau nama sebenar beliau Mohd Nasir Hamzah mula mendapat tempat sebagai pelawak setelah menjuarai program Bintang Mencari Bintang musim pertama. Beliau kemudiannya bergabung bersama Fad dan Abam untuk membentuk kumpulan Bocey.

Kumpulan Bocey baru-baru ini telah kehilangan salah seorang anggotanya apabila arwh Abam telah mngl dunia sekitar 10 Februari tahun lalu.

Achey dan Fad begitu terkesan apabila kehilangan seorang sahabat baik malahan sudah pun dianggap bagaikan adik beradik sendiri kerana turut melalui zaman jatuh bangun bersama sewaktu cuba untuk membina nama kumpulan Bocey.

Nasihat yang dikongsikan oleh Achey menerusi video yang berdurasi selama satu minit tersebut antara lain seolah-olah memberikan bayangan mengenai isu yang hangat menjadi perdebatan dalam kalangan netizen iaitu mengenai Ustaz Ebit dan Caprice.

Secara ringkas nasihat Achey tersebut menyebut bahawa jika hendak berbuat baik, teruskan sahaja dengan niat tersebut.

Malahan jika melihat ada individu lain yang berbuat baik, maka doakan sahaja semoga kita juga mampu berbuat kebaikan seperti individu tersebut. Achey berkata nasihat beliau itu ditujukan buat sesiapa sahaja yang mempunyai keinginan untuk berbuat baik supaya tidak mempertikaikan kebaikan orang lain.

Achey juga turut menyelitkan lagu arwaah Abam Bocey dihujung video tersebut dan menggunakan kata-kata yang dipopularkan oleh arwh Abam iaitu Kita baik ramai sayang seolah-olah menyelitkan pelbagai makna dalam video dan kata-kata ringkas yang disampaikan oleh beliau itu.

Ketika arwh Abam masih hidup beliau dikenali kerana sangat banyak berbuat kebaikan dan membantu golongan yang memerluukan secara diam-diam. Setelah arwh mngal barulah kebaikan yang dilakukan oleh arwh Abam selama ini didedahkan oleh orang ramai yang telah menerima bantuan daripada beliau.

Rata-rata netizen bersetuju dengan nasihat Achey dan mereka juga mengucapkan terima kasih kepada Achey di atas nasihat yang sangat bermakna itu.

Video yang dikongsikan oleh Achey juga menyebabkan Netizen turut merindui arwh Abam. Berikut dikongsikan beberapa komen yang ditinggalkan oleh para pengikut akaun instagram Achey terhadap video beliau itu.

Nasihat yang diberikan oleh Achey itu sangat mendalam dan ramai yang memahami maksud tersirat yang cuba disampaikan oleh Achey. Mudah-mudahan kita semua ambil iktibar apa yang berlaku ini sebagai pedoman buat kita semua pada masa akan datang.

Sumber : Instagram achey bocey

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright  akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!