“Fuh semua jenama tupperware. Harap mak si pemilik xtau hal ni” – Netizen

Ketika kess harian cvd di Malaysia kian meningkat, satu-satunya usaha yang boleh dilakukan oleh kerajaan adalah dengan menggesa orang ramai supaya mengambil vksn secepat mungkin. Ekoran itu, orang ramai dinasihati supaya mendaftar melalui applikasi My Sejahtera dan mengemaskini maklumat diri masing-masing. Kerajaan juga kini sedang mempertimbangkan untuk mengadakan pemberikan vksn secara walk in di pusat-pusat pemberian vksn yang bakal diwujudkan oleh kerajaan tidak lama lagi demi mempercepatkan lagi proses vksnasi di Malaysia.

Proses vksnasi yang dipercepatkan adalah perlu demi mencapai imuniti berkelompok. Sekiranya usaha tersebut berkesan maka sektor ekonomi bakal pulih semula dan penularan pndmik cvd dalam negara juga dapat dikawal.

 

Bagaimanapun proses pemberian vksn dinegara ini turut merakamkan pelbagai kisah suka duka yang dilalui oleh orang ramai. Ada juga yang secara kebetulan berkongsi kisah menarik yang berlaku ketika mengambil vksn.

Tular baru-baru ini mengenai kisah bekas pasangan suami isteri yang kembali bersua muka dipusat vksnasi sewaktu bekas suaminya kebetulan menjadi sukarelawan bertugas di pusat pemberian vksn terbabit.

Hubungan yang masih lagi baik terjalin antara pasangan berkenaan menyebabkan para netizen mendoakan agar bekas pasangan suami isteri itu kembali bersama demi anak mereka.

Terkini menerusi instagram Sinar FM pula, turut dikongsi gambar beberapa botol air berjenama Tupperware yang ditinggalkan oleh orang ramai semasa proses mengambil sntkn vksn

Botol air yang ditinggalkan itu kemudiannya dikumpulkan di satu tempat yang disediakan khas untuk meletakkan barangan yang hiilang dan ditinggalkan oleh orang ramai. Turut kelihatan didalam gambar adalah cermin mata dan juga beberapa barangan peribadi yang lain.

Menjengah keruangan komen netizen berkata melihat beberapa botol air berjenama Tupperware yang ditinggalkan itu seolah-olah bakal mengundang kemarahan golongan ibu yang cukup sinonim dengan barangan berjenama Tupperware.

Pelbagai usikan netizen mengenai nasib pemilik botol air berkenaan diramalkan seperti tidur diluar kerana dimarahi oleh isteri, dan ada juga yang berkata bakal dileteri oleh ibu mereka malahan isu tertinggal botol air ini berkemungkinan besar akan diungkit beberapa kali oleh golongan ibu ataupun isteri.

“Mesti ada yg odw balik berusaha dulu cari botol tupperware kat mana2.. Warna kena sama.. Kalau tak, Mak perasan woo itu bukan dia punya” – Netizen

“Anak sekolah rendah selalu tertinggal botol air. Akhir tahun beratur camtu cikgu suruh carik “ – Netizen

“Fuh semua brand tupperware. Harap mak mak si pemilik Tak tau hal ni. Tak sangka effect lepas suntik boleh jadi pelupa bawa botol air” – Netizen

“kalau aku tertinggal botol macam ni, mau bini suh tdo luar rumah. benda ni boleh diungkit berbulan bulan ni, malah kalau kurang bernasib baik boleh makan tahun” – Netizen

 

Bermacam ragam dan kisah yang dapat dilihat ketika rakyat Malaysia menjalani proses mendaftar dan mengambil vksn. Ada yang berkongsi kisah sedih dan ada juga yang sempat berkongsi kenangan masa lalu.

Walau apa pun yang dilalui, mudah-mudahan lebih ramai yang terbuka hati untuk mengambil vksn demi mengawal kess cvd dalam negara.

Sumber : Instagram sinar_my

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!