Kehadiran Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa pelengkap hidup buat penyanyi nombor satu Malaysia, Dato Siti Nurhaliza. Selepas Dato Siti Nurhaliza atau terkenal dengan panggilan Tokti ini telah lama menantikan zuriat, akhirnya dua cahaya mata telah memberi sinar bahagian buat Tokti dan suaminya, Datuk Khalid. Kini, laman Instagram Tokti penuh dengan video dan gambar anak-anaknya yang semakin membesar dengan sihat.
Meskipun sibuk melayani Afwa yang masih kecil, Tokti masih tetap fokus dan melayani Aafiyah dengan penuh perhatian. Begitulah cabaran buat ibu bapa, mereka perlu sentiasa melayani kerenah anak-anak dengan penuh sabar.
Baru-baru ini, Tokti memuatnaik video melayani Aafiyah sambil menggunakan filter kartun untuk menghiburkan anak perempuannya. Wajah kartun Tokti pula menjadi tumpuan apabila Tokti kelihatan sangat comel seperti yang diakui oleh netizen.
Netizen juga terhibur melihat gelagat dua beranak ini yang masing-masingnya kelihatan comel. Begitulah hubungan mesra Tokti dan anaknya, aafiyah.
Video yang dikongsi Tokti telah menjadi tontonan sehingga cecah 300,000. Ramai netizen berkongsi perasaan teruja dan memuji wajah comel Tokti versi kartun.
“Tokti ni muka kartun pun comel, Aafiyah macam terkejut je tengok muka dia haha” – Netizen
Dalam pada itu, Tokti juga telah menyambut ulangtahun perkahwinannya bersama Datuk Khalid selama 15 tahun. Tahniah dan semoga hubungan perkahwinan Tokti bersama suami kekal hingga syurga.
Alahai comelnya dua beranak ni, lagi lagi bila buat versi kartun. Tokti pun melayan je Aafiyah.
Sumber: Instagram Ctdk
Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Leave a Reply