“Untung PM kita, ada menantu pereka fesyen”- Netizen

Jovian Mandagie antara pereka fesyen terkenal di Malaysia. Secara umumnya, ramai mengetahui beliau adalah menantu kepada Perdana Mnteri yang ke sembilan iaitu Datuk Seri Ismail Sabri. Dan nampaknya ramai pasti tahu sebahagian busana cantik yang sentiasa kita lihat dipakai oleh Datuk Seri Ismail Sabri adalah hasil idea dan kreativiti menantunya sendiri.

Dahulunya pernah viral persalinan baju batik yang berwarna warni seakan-akan corak warna kuih muih dipakai oleh Datuk Seri Ismail Sabri ketika mengendalikan sidang media berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan.

Persalinan baju batik itu tidak lain tidak bukan sudah tentu hasil tangan Jovian buat bapa mertuanya. Kreatif betul.

Terbaru, foto mesra antara Jovian dan bapa mertuanya disaksikan sekali oleh anak Jovian, Jeanelle telah dikongsi menerusi laman Instagram Jovian.

Foto tersebut juga merakam momen indah apabila Jovian mempersiapkan busana buat bapa mertuanya untuk istiadat perlantikan perdana mnteri yang ke sembilan. Hari ini telah terciptanya sejarah buat Malaysia.

Foto yang dikongsi Jovian telah menarik perhatian ramai netizen dan rata-rata netizen mengucapkan tahniah atas perlantikan Datuk Seri Ismail Sabri sebagai perdana mnteri baharu.

Netizen juga teruja melihat Jovian antara ‘tulang belakang’ untuk bapa mertuanya dalam bidang fesyen. Untungnya ada menantu pereka fesyen, bak kata netizen.

Dalam pada itu, foto Jovian telah menerima 54,000 tanda suka dan ruangan komen dipenuhi dengan ucapan tahniah dari netizen.

Wah, segak tengok PM baru kita ni. Lepas ni senang lah dah ada pereka fesyen sendiri, tak perlu upah yang lain.

Sumber: Instagram jmandagie

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!