“Sumpah sy menangis bila suara Tok Sidang berubah, ksh syg seorang papa”- Netizen

Semalam telah berlangsungnya majlis akad nikah buat dua pasangan artis popular. Dalam pada para netizen berdebar menantikan majlis akad nikah pelakon Remy Ishak serta pasangannya Ezza, di perkembangan lain pelakon Elisya Sandha yang merupakan adik kepada Fasha Sandha juga antara yang turut melangsungkan majlis pernikahan pada tarikh yang sama bersama pasangannya Uzair yang merupakan anak kepada Shiela Rusly dan Azman Yahya atau lebih mesra dengan panggilan Tok Sidang.

Majlis pernikahan Elisya dan Uzair berlangsung meriah namun sederhana kerana hanya di hadiri oleh ahli keluarga terdekat sahaja. Sebelum ini Elisya tidak pernah berselindung mengenai hubungan percintaan beliau bersama anak sulung kepada Sheila Rusly itu. Beliau juga sering memuatnaik beberapa keping gambar di laman sosial bersama Uzair dan Sheila Rusly sendiri.

Elisya dan Uzair telahpun mengikat tali pertunangan sekitar bulan Februari yang lalu. Menurut sumber, Elisya dan Uzair sepatutnya dijadualkan akan bernikah pada tahun hadapan sekitar Februari setelah setahun bertunang.

Namun perancangan Allah itu lebih indah kerana memandangkan keadaan semasa cvd, mereka kemudiannya mempercepatkan tarikh pernikahan dan hanya menetapkan tarikh akad nikah sekitar 2 minggu yang lalu.

Walaupun persiapan majlis akad nikah itu dilakukan pada saat akhir namun majlis yang berlangsung tetap meriah dengan kehadiran ahli keluarga terdekat.

Menerusi Instagram Tok Sidang yang merupakan bapa kepada pengantin lelaki, beliau telah berkongsikan sebuah video yang memaparkan beliau memberikan kata- kata semangat kepada anak lelakinya sebelum majlis akad nikah berlangsung.

Beliau memohon maaf kepada Uzair kerana tidak dapat menemani anak lelaki sulungnya untuk majlis akad nikah seperti mana Datuk mereka menemani beliau ketika majlis akad nikah bersama mama mereka. Beliau juga mendoakan dan mengharapkan anaknya itu dapat melakukan akad nikah dengan baik dan lancar.

Perubahan suara Tok Sidang yang kedengaran sebak dan sedih kerana terkilan tidak dapat bersama anaknya semasa peristiwa paling bersejarah dalam kehidupan anaknya itu telah meruntun hati para netizen.

Pastinya setiap ibu bapa mahukan yang terbaik dan mahu berada di sisi anak ketika anak melalui saat yang bermakna dalam kehidupan mereka namun apakan daya, mereka perlu mengikuti arahan yang telah di tetapkan oleh kerajaan.

Video yang dikongsikan oleh Tok Sidang itu meraih sebanyak 62, 432 tanda suka dan 1423 komen yang rata- rata berkata mereka turut mengalirkan air mata dan terasa sebak dengan ucapan yang diluahkan oleh seorang bapa terhadap anak sulung kesayangannya itu. Berikut dikongsikan beberapa ucapan rakan artis dan juga netizen terhadap rakaman video tersebut.

Begitulah kasih sayang seorang bapa yang sebak kerana tidak dapat melihat anak sulung beliau di majlis akad nikah. Alhamdulillah semuanya sudah selesai dan tahniah di ucapkan buat Tok Sidang dan Sheila Rusly kerana menerima menantu. Semoga rumahtangga yang baru dibina ini berkekalan hendaknya.

Sumber: ig jingo_jspicture

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!