“Anak paling pandai cari perhatian”-Wawa Zainal

Bapa adalah watak lelaki pertama yang hadir dalam diri anak perempuan. Seorang bapa jugalah yang mempunyai hubungan rapat dengan anak perempuan dan memberikan pengaaruh yang besar dalam kehidupan anak-anak. Ada sebab mengapa anak perempuan sentiasa rapat dengan ayah mereka sejak dari kecil lagi. Bukan hanya berperanan sebagai hero yang melindungi anak-anak, malah sebagai pembentukan diri seorang anak perempuan.

Buktinya ramai wanita yang berjaya hasil sokongan dan didikan daripada bapa mereka sendiri. Tulang belakang buat seorang wanita berjaya tentulah daripada bapa kesayangan mereka sendiri.

Anak perempuan yang membesar dengan seorang bapa yang memiliki ciri-ciri melindungi anak-anak akan sangat rapat dengan bapanya.

Contohnya seperti anak perempuan kepada padangan Aeril Zafrel dan Wawa Zainal iaitu Hayla yang merupakan anak kedua, cukup manja dengan bapanya. Melihat hubungan dua beranak ini, kita sudah tahu Aeril sememangnya seorang bapa yang sangat mengambil berat tentang anak-anaknya dan rapat dengan anak perempuannya.

Ujar Aeril menerusi posting video di Instagram, Setiap kali beliau bersama isteri mempunyai urusan kerja di luar negeri pasti Hayla akan menaangis dan sedih. Ibu bapa mana yang sanggup melihat anak menangis kan..

Video dikongsi Aeril juga menerima reaksi daripada netizen yang rata-ratanya sebak melihat wajah sedih Hayla yang terpaksa berjauhan sebentar dengan ibu bapanya.

Netizen juga berpendapat, anak kedua sememangnya sentiasa inginkan perhatian daripada ibu bapa mereka sendiri.

Malah Wawa pun turut memberi komen menyatakan Hayla sememangnya anak yang paling pandai mencari perhatian.

Sementara itu, video Aeril telah menerima 500,000 tontonan dan 158 komen daripada netizen.

Sedihnya tengok Hayla menangis. Biasa lah anak perempuan, cepat tersentuh hati dan ingin lebihkan perhatian daripada bapa mereka sendiri..

Sumber: Instagram aerilzafrel

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!