“Alahai si Michael Ang ni, dah mcm penyiaasat upaahan”- Dato Vida

Nama usahawan Dato Seri Vida sudah tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat. Beliau mula dikenali setelah menjadi penaja pertandingan nyanyian Gegarvaganza selama beberapa musim. Sikap beliau yang penuh dengan gelagat tersendiri berjaya mencuri perhatian orang ramai untuk mengenali dirinya dengan lebih dekat. Usahawan tersebut mempunyai gaya yang cukup unik dan tersendiri untuk mempromosikan produk beliau.

Turut mengikuti jejak langkahnya ialah anak perempuan beliau iaitu Cik B, yang juga kian aktif dalam berniaga. Cik juga mempunyai produk minuman dan makanan di bawah jenamanya sendiri.

Baru-baru ini, Dato Vida ada berkongsikan video menerusi media sosial beliau bahawa kedai air minuman Cik B berkemungkinan besar telah di siihirr sehingga menyebabkan orang ramai tidak menemui kedai air minuman berkenaan.

Dato Vida yang merasa kesal dengan perbuatan khi4nat berkenaan meluahkan rasa sedih dan terkilan terhadap individu yang berbuat sedemikian terhadap perniagaan anak perempuannya itu.

Memuatnaik video terbaru di Instagram, menurut Dato Vida, hari ini beliau menerima kunjungan pengarah, penyanyi dan pelakon Michael Ang yang sudi berkunjung ke Ipoh untuk menemuinya berhubung insiden berkenaan.

KOngsi Michael di permulaan video, beliau juga tidak menemui kedai air minuman Cik B itu sehingga 3 kali berpusing di kawasan sekitar. Namun Michael memuji rasa air minuman yang sedap dan unik.

Kata Dato Vida lagi, Michael Ang yang beliau anggap sebagai sahabat baiknya itu sanggup datang dari jauh semata- mata untuk berjumpa beliau untuk mendapatkan produk keluaran beliau dan bertanya khabar mengenai insiden yang berlaku.

Perkongsian video berkenaan memaparkan keakraban hubungan mereka berdua sebagai sahabat baik. Menjengah keruangan komen, rata rata netizen berkata mereka berdua secocok sekiranya menjadi pasangan.

Menerusi perkongsian video, kelihatan Michael Ang dan Dato Vida kedua- duanya dilihat amat serasi malahan nampak selesa di antara satu sama lain. Para peminat memenuhi ruangan komen dengan doa dan harapan mereka supaya Dato Vida berjodohan dengan Michael Ang pula.

Menjengah ke ruangan komen, rata- rata netizen berkata mereka melihat Dato Vida sangat sepadan dengan Michael Ang. Para peminat juga menyokong sekiranya mereka berdua berjodohan di antara satu sama lain. Berikut di kongsikan komen- komen peminat buat Dato Vida dan Michael Ang.

Sebelum ini Dato Vida sudah beberapa kali gagal dalam kehidupan rumahtangga. Malahan yang terbaru perhubungan beliau bersama bekas PA iaitu Iqbal tidak kesampaian apabila anak- anak Dato Vida iaitu Cik B dan Kacak tidak merestui hubungan berkenaan. Sekiranya ada jodoh dengan Michael Ang pasti tidak kemana.

Sumber: ig dato vida

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!