“Dah lah kita saakit lutut, naik gunung kinabalu pun tidak seter0k ni”- Chef Wan

Chef terkemuka, Chef Wan cukup popular dengan kehandalannya di dapur masakan. Chef Wan antara selebriti chef yang telah berjaya mengharumkan nama Malaysia di serata dunia. Tak dinafikan, populariti Chef Wan masih meningkat memandangkan beliau cukup aktif di laman sosial media. Chef Wan juga masih menjadi perhatian pengikut di Instagram memandangkan beliau sentiasa memuatnaik foto atau videonya.

Mengikuti posting beliau di Instagram, Chef Wan pernah berkongsi kisah di ruangan kapsyen memberitahu beliau sudah menjelajah banyak negara ketika usia mudanya.

Jangan terkejut, Chef Wan memiliki ramai sahabat dari pelbagai negara. Beliau juga banyak mencari pengalaman bekerja di luar negara. Betul-betul beri inspirasi apabila mendengar kisah Chef Wan.

Malah baru-baru ini, Chef Wan berkesempatan bercuti ke negara Amsterdam dan bertemu sahabat-sahabatnya di sana.

Melihat Chef Wan bercuti di sana, kita pun rasa teringin nak pergi Amsterdam hehe.. Begitu cantik pemandangan di sana setelah melihat perkongsian video dan foto oleh Chef Wan yang sedang berada di sana.

Bukan itu sahaja, Chef Wan sempat memuatnaik video yang menunjukkan beliau terpaksa mengangkat beg yang berat ketika menaiki tangga sebuah hotel beliau menginap. Tengok pun rasa semput je…

Namun kelihatan Chef Wan masih kuat dan bertenaga lagi. Alhamdulillah.. Semoga sentiasa sihat.

Menerusi posting video tersebut, ia telah ditonton sehingga 144,000 tontonan dan 600 komen. rata-rata netizen memberi respon terhibur dengan gelagat Chef Wan di ruangan komen.

Ramai peminat Chef Wan suka mengikuti perkembangan Chef Wan, seorang selebriti chef yang popular dan melucukan.

Kesian Chef Wan terpaksa angkat beg tang berat, tapi boleh exercise kan hehe.. Semoga Chef Wan selamat pergi dan balik daripada bercuti ye..

Sumber: Instagram chefwan58

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!