“Amboi happy ye dia dpt baca buku sambil goyang badan”- Netizen

Nama pasangan selebriti Fattah Amin dan Nur Fazura tidak usah lagi perlu diperkenalkan. Pasangan ini cukup disayangi dan sering menjadi idola kepada peminat. Rutin kehidupan pasangan ini juga telah berubah selepas menimang cahaya mata pertama mereka iaitu Nur Fatima Aisya pada 2 Oktober 2020. Sesungguhnya tiada kata-kata yang dapat menggambarkan kebahagiaan kehidupan mereka.

Buat pelakon jelita Fazura, selain dikurniakan cahaya mata perempuan yang comel sebagai pelengkap bahtera rumah tangga, hanya rasa syukur yang mampu dipanjatkan atas segala kurniaan dan rezeki dilimpahkan kepadanya selama ini.

Memiliki suami penyayang dan mempunyai kerjaya seni yang cukup berjaya dan kini telah mempunyai perniagaan yang semakin stabil membuatkan kehidupan Aktres Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-27 itu juga semakin sempurna.

Umum mengetahui bahawa pasangan sama cantik sama padan ini telah bertemu jodoh apabila kedua- duanya berlakon bersama menerusi drama Hero Seorang Cinderella. Fenomena pasangan itu ketika drama berkenaan telah mencetuskan tanda pagar FattZura.

Para peminat yang merestui hubungan mereka berdua ketika drama itu berlangsung sangat mengharapkan hubungan berkenaan menjadi kenyataan.

Ternyata jodoh sememangnya kuat buat pasangan ini apabila mereka berdua mengambil keputusan untuk mendirikan rumahtangga pada 27 November 2017 dalam satu majlis tertutup sebelum kemudiannya membuat majlis resepsi dengan menjemput rakan-rakan artis dan media.

Penampilan Fazura semakin jelita sejak beliau mengenakan hijab, malahan beliau juga telah melancarkan jenama tudung di bawah label beliau sendiri iaitu Tudung Fazura.

Sambutan yang diterima daripada orang ramai juga sangat menggalakkan sehingga tudung tersebut sering terjual kesemuanya dalam tempoh yang amat singkat.

Sebagai pasangan selebriti yang dikenali ramai, apa juga perkongsian mereka di media sosial akan menjadi tumpuan dan perhatian orang ramai. Kemesraan pasangan ini juga sering membuatkan para pengikut akaun Instagram mereka bersemut melihat kebahagiaan mereka berdua.

Fattah dan Fazura mempunyai peminat yang cukup ramai sehingga para peminat mewujudkan satu Instagram yang berkongsikan kehidupan peribadi, perniagaan dan aktiviti seni pasangan ini.

Menerusi perkongsian terbaru di Instagram berkenaan, satu video yang memaparkan gelagat anak pasangan ini iaitu Fatimah telah di muatnaik. Di dalam video yang di kongsikan itu, Fatimah kelihatan sedang menggoyangkan bahu mengikuti muzik sambil membaca buku.

https://www.instagram.com/tv/CePwHF2pcGM/?utm_source=ig_web_copy_link

Gerak geri Fatimah yang sangat gembira menghayati muzik sambil menggoyang bahu membuatkan netizen merasa geram dengan kecomelan gelagat anak pasangan popular ini.

Sehingga kini perkongsian di Instagram itu telah mendapat sebanyak 48280 jumlah tontonan, 9205 tanda suka dan menerima 193 komen daripada para peminat.

Rata- rata peminat meningg4lkan komen di perkongsian berkenaan dengan mengatakan bahawa mereka merasa cukup terhibur dengan gelagat Fatimah itu. Bijak betul Fatimah ni. Berikut dikongsikan komen-komen para netizen.

Setelah berkahwin dan bergelar seorang ibu, penampilan Fazura kelihatan semakin sopan dan sering berkongsi gambar beliau menutup aurat membuatkan para peminat semakin gembira dengan penampilan baru beliau itu.

Kini anak pasangan ini Fatima pula semakin membesar dan semakin panjang akal. Gelagat Fatimah juga ternyata mencuit hati peminat yang geram dengan kecomelan si cilik itu.

Sumber: ig fattzuralovelife

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!