“Terbaek Achey, ini baru idola” – Netizen

Siapa sangka pelawak serta pelakon terkenal Achey sebenarnya mempunyai sifat yang mulia iaitu suka menolong. Menerusi rakaman video yang dikongsikan melalui akaun Instagramnya, ramai netizen yang memuji sifat Achey yang sangat pemurah ini. Jika kita selalu nampak Achey membuat lawak dengan melakonkan watak lucu yang membuatkan peminat tak kering gusi di kaca televisyen, kali ini kita akan lihat salah satu kebaikan Achey pula melalui rakaman video yang diambilnya kira-kira semalam.

Jika kita kaji sedikit mengenai Achey, anak jati kelahiran negeri Johor ini mula terkenal di Malaysia setelah menjadi juara dalam program realiti TV Bintang Mencari Bintang pada tahun 2013.

Selain berjaya menempah nama dalam bidang lawak dan nyanyian, Achey juga merupakan seorang penyanyi serta penulis lagu yang berbakat. Tidak hairanlah jika isterinya, Anne terpikat dengan Achey.

Rupanya, Achey ni serba boleh dalam semua perkara. Kalau korang nak tahu, Achey sebenarnya peminat tegar kepada artis terkenal tanah air Malaysia iaitu P.Ramlee. Mungkin gaya lawaknya itu dipelajari semasa Achey menonton wayang terbitan seniman agung P.Ramlee.

Menerusi rakaman videonya, Achey yang sedang berada dalam perjalanan ke bukit tagar untuk menghantar barang telah terserempak dengan dua orang lelaki India yang berhenti di pertengahan jalan disebabkan oleh motosikal yang dinaiki mereka itu r0sak.

Kebetulan Achey lalu di kawasan sana dan kasihan melihat dua lelaki tersebut yang sedang berada dalam kesusahan, Achey menawarkan diri untuk menghantar mereka ke destinasi yang ingin ditujui.

Achey sempat bertanya dengan kedua lelaki tersebut sama ada mereka ingin turun di workshop atau tempat kediaman mereka. Selepas mendapat jawapan daripada mereka, Achey dan seorang lagi rakan lelakinya tanpa membuang masa terus jalan menuju ke rumah lelaki berbangsa India tersebut.

Achey sempat mengucapkan selamat tinggal buat kedua-dua lelaki India tersebut setelah selamat menghantar kedua mereka ke tempat kediaman mereka.

Video ini walaupun baru dikongsikan semalam, namun sudah berjaya mendapat sebanyak 323,373 tontonan dan 605 komen.

Rata-rata netizen memuji sikap Achey yang ringan tangan untuk membantu sesiapa sahaja yang sedang berada dalam kesusahan tanpa mengira jantina, usia, bangsa dan agama.

Para warganet juga tidak lupa untuk memberi nasihat kepada Achey agar terus mandi apabila sampai rumah kerana dua lelaki itu tidak sempat memakai topeng muka semasa video tersebut diambil.

Kadang-kadang hero tu tak bertopeng macam yang selalu kita nampak kat wayang-wayang superhero di kaca televisyen rumah kita. Nak jadi hero sebenarnya tidaklah susah dan memerluukan kuasa seperti spiderman atau superman.

Cukuplah menjadi insan yang berbudi pekerti mulia dan sentiasa mempunyai kesempatan untuk membantu orang yang sedang berada dalam kesusahan, seperti yang dilakukan oleh Achey.

Walaupun bagi kita perkara ni normal dalam hubungan sesama manusia namun bagi orang yang menjadi penerima kepada kebaikan ikhlas yang kita hulurkan, ianya sudah cukup memadai dan bagi mereka anda adalah hero yang sebenarnya.

Sumber: Instagram Achey

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!