“Sanggup bawak tv besar dr rumah, maksudnya bukan duduk sekejap”- Syatilla Melvin

Kasih sayang dan cinta seorang ibu terhadap anaknya sama sekali tidak mampu terbalas dan cukup bernilai buat anak-anak. Sungguh luar biasa perjuangan seorang ibu buat anaknya aapbila ketulusan dan kesabaran mereka menjaga seorang anak sejak dari kandungan hinggalah anak membesar menjadi dewasa. Maka syurga seorang anak adalah di bawah tapak kaki seorang ibu.

Tatkala bergelar seorang ibu, pelbagai dugaan yang dilalui oleh mereka lebih-lebih lagi ketika di saat mereka mengandungkan bayi selama 9 bulan. Dalam tempoh 9 bulan itu, proses ibu mengandung yang sedang mengalami alahan pada awal kandungan cukup mencabar.

Begitulah yang dilalui oleh pelakon Syatilla Melvin apabila beliau mengalami alahan yang cukup luar biasa. Syatilla akui dirinya tidak boleh lihat segala perabot di dalam rumah sendiri.

Tambah Syatilla lagi, badannya semakin lemah apabila duduk di rumah sendiri dan ada sahaja benda yang tidak kena pada dirinya.

Lebih mengejutkan lagi, Syatilla kini terpaksa menetap di rumah lain untuk mrngatasi alahan kandungannya dengan membawa sekali televisyen besar milik mereka. Dasyat betul penangan alahan Syatilla ye..

Syatilla berkongsi video di Instagram menunjukkan Sam bersama anak-anak membawa televisyen besar ke rumah mereka yang kini sedang menetap sementara.

Reaksi anak-beranak itu mrmbawa televisyen besar menjadi perhatian ramai netizen. Malah pelbagai pengalaman yang dilalui sama seperti Syatila dikongsi oleh netizen menerusi ruangan komen.

“Saya pun prnah kena macam tilla sampai rasa nak muuntah setiap hari tengok rumah haih”- Netizen

Dalam pada itu, Syatilla berharap agar pengikut-pengikutnya di Instagram mendoakan yang baik buat diri Syatilla dan kandungannya.

Semoga Syatilla lebih lega bila dah keluar dari rumah sendiri ya, kesian tengok ibu mengandung lalui alahan yang pelik macam ni..

Sumber: Instagram Samtilla

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!