“Ni lah jersey masa mommy dan daddy mula bercinta, daddy main dgn N9” – Netizen

Kadang kala kisah cinta antara sesuatu pasangan itu sangat indah sehingga mengunakan anak-anak mereka untuk mendengar cerita tentang ibu bapa mereka. Mana tidaknya, setiap pasangan pasti punya kisah sendiri bagaimana cinta boleh terputik antara satu sama lain. Kadang kala dari kisah-kisah benar inilah yang akan dijadikan inspirasi dalam pembikinan drama pkul 7 di televisyen.

Begitu juga kisah cinta pelakon wanita jelita iaitu Rita Rudaini dan bekas suami yang ketika dahulu pernah sensasi. Rita Rudaini dan bekas suami iaitu seorang pemain bola sepak, Mohd Aidil Zafuan pernah berkahwin pada tahun 2008 dan berpisah pada tahun 2013. Namun, perkahwinan mereka telah mengurniakan mereka 2 orang anak lelaki.

Walaupun sudah berpisah, Rita Rudaini masih lagi menganggap bekas suami itu sebagai seorang kawan dan mengatakan anak-anak juga mempunyai hubungan yang baik bersama bapa mereka.

Baru-baru ini, Rita Rudaini berkongsi sebuah gambar dimana salah seorang anaknya memakai baju jersi yang menjadi simbol kenangan cinta beliau dan bekas suami suatu ketika dahulu.

Kata Rita dalam kapsyen beliau, beliau dan anak-anaknya terjumpa jersi lama berwarna merah itu ketika sedang mengemas dan mengumpul baju-baju lama untuk diberikan kepada orang lain.

Dan Rita menceritakan pada anak-anaknya bahawa jersi tersebut dibuat ketika bapa mereka menjadi ahli pasukan bola sepak bagi negeri sembilan dan ketika pembikinan jersi bola sepak itu bapanya meminta untuk membuat satu lagi jersi yang meletakkan nama ‘Airit’ dimana ia bermaksud gabungan nama Rita dan Aidil pada suatu ketika dahulu.

“Hebat tak hebat cinta mommy and daddy sampai rentas benua lahh.. teruja depa dengaq” seloroh Rita di dalam kapsyen beliau.

Dalam ruangan komen juga, ada juga netizen yang mengatakan tindakan pasangan ini ketika dulu sangat ‘sweet’ dan Rita juga membalas komen tersebut dengan mengatakan semestinya ‘sweet’ sehingga terfikir membuat gabungan nama untuk nama bakal anak mereka satu ketika dahulu.

Biasalah ketika bercinta sememangnya akan merasai kenangan-kenangan yang ‘sweet’ dan indah itu. Untuk Rita dan Aidil, kebanyakan netizen mendoakan kebahagiaan masing-masing.

Kadang kala sayang dan cinta tidak perlu ditunjuk dengan menikahi mereka tetapi dengan menjaga aib masing-masing dan menunaikan tanggungjawab yang sepatutnya kepada anak-anak pun sudah memadai.

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!