“Datin jaga Meena sampai dia besar ke” – Netizen

Anak kandung sendiri itu adalah satu anugerah terbesar dari Illahi. Namun, anak angkat juga tidak kurangnya. Walaupun bukan sedaarah daaging dengan kita, namun apabila kita sudah menyimpan niat dan bersungguh untuk menjaga penjaga anak kecil itu secara sah, mereka juga harus lah dianggap sebagai anak sendiri. Mereka juga layak mendapatkan kasih sayang yang sepatutnya dari kita. Kerana kita ibarat sudah berjanji untuk mengasihi dan membela mereka seperti anak kandung sendiri.

Begitu jugalah Dato’ Aliff Syukri dan Datin Shahida yang menganggap Ameena iaitu anak angkat mereka seperti anak mereka sendiri. Walaupun Ameena bukan daarah daaging mereka, pasangan tersebut tetap melayani Ameena seperti mana mereka melayani anak-anak kandung mereka.

Datin Shahida sering dilihat tidak pernah melupakan anak angkat beliau itu dalam setiap kegembiraan bersama keluarga yang ditonjolkan didalam sosial media beliau.

Ameena dilihat sebagai seorang anak yang ceria dan sangat rapat dengan anak-anak Datin Shahida yang lain. Datin Shahida juga selalu dilihat melayani anak angkat beliau itu.

Baru-baru ini, di dalam ‘ig story’ beliau, beliau membuka kotak soalan untuk sesiapa yang ingin menujukan apa jua soalan kepada beliau. Terdapat seorang netizen yang menanyakan kepada Datin adakah Datin akan menjaga Ameena sehingga Ameena dewasa.

Soalan tersebut mungkin berbunyi ‘cepumas’ namun Datin Shahida menjawab dengan jawapan yang tenang dengan mengatakan perkara tersebut biar Allah sahaja yang menentukan.

Beliau juga mengatakan keluarga Ameena sudah berada di Kuala Lumpur jadi mungkin juga suatu hari nanti beliau akan satukan Ameena bersama keluarga kandungnya.

Ameena yang baru mencecah 4 tahun dan disayangi oleh keluarga angkatnya. Tiada siapa boleh tahu apa akan jadi pada masa akan datang namun kita sebagai netizen haruslah mendoakan yang terbaik untuk Ameena supaya tidak kira beliau akan bersama keluarga kandung atau keluarga angkat, kita haruslah mendoakan anak ini sentiasa dikasihi oleh kedua-dua pihak keluarganya.

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!