“Ehhh berani ehh awak tengkiing kawan kita” – Fara Fauzana

Setiap drama dan filem pasti mempunyai jalan ceritanya masing-masing. Bagi penggemar-penggemar drama Melayu tanah air kita, kalau sudah tonton dan mengikuti sesebuah drama tersebut dari awal pasti akan terbawa sekali dengan emosi dan perasaan seolah-olah memegang peran dalam drama itu. Tetapi bergantung juga kepada pelakon yang membawa watak. Jika berlakon pun ‘kayu’, bagaimana pula penonton nak dapat feel kan.

Jika sebut sahaja tentang selebriti bernama Alif yang sedang dilanda gossip, pasti ramai yang sering tersilap dan menganggap bahawa Alif Satar lah merupakan gerangan tersebut.

Geram dengan watak yang dibawa olehnya di dalam sebuah drama baru-baru ini, terdapat ratusan netizen yang tidak berpuas hati dengannya ketika ini.

Drama bersiri yang bertajuk Risik Pada Hati ini telah menggandingkan nama-nama besar pelakon yang hebat dan berbakat antaranya Alif Satar, Ummi Nazeera, Zara Zya dan ramai lagi. Drama yang mula ditayangkan di TV3 sejak 3 minggu lalu ini telah menerima respon baik dari para peminat drama Melayu.

Babak lakonan dan cuplikan dari drama tersebut yang dikongsi oleh Alif Satar di Instagramnya itu telah membuat ramai yang tidak berpuas hati serta terkejut dengan kem4rahan yang ditunjukkan oleh Alif.

Terkenal sebagai seorang selebriti yang lembut, ramah dan tidak bermasaalah, ramai yang tidak menyangka bahawa Alif mampu m4rah sehingga begitu sekali.

Cuplikan episod ke 21 drama Risik Pada Hati ini memperlihatkan Alif Satar yang membawa watak sebagai Adam akhirnya tidak mampu menahan amarah kepada isteri pertamanya iaitu Hayfa kerana kehilangan anaknya hasil perkahwinan dengan isteri kedua iaitu Aisya.

Para penonton masing-masing mempunyai komen dan pendapat mereka yang tersendiri. Ada yang tidak berpuas hati dengan Adam malah ada juga yang tidak berpuas hati dengan Hayfa.

Ini kerana pada awalnya isteri pertama iaitu Hayfa yang mengizinkan Adam untuk berkahwin lagi, tetapi kini sering terasa dan sedih dengan keputuusannya itu.

Apa yang melucukan adalah apabila ada peminat yang meningg4lkan komen pada video tersebut dan meminta Alif untuk tidak berubah dan kekal suci dengan reputasi yang baik berbanding Alif yang lain.

Ini kerana lakonannya yang sedang marah itu benar-benar menjadi sehingga takut peminat dibuatnya jika Alif benar-benar berubah.

Tak sangka dah masuk episod ke 21 dah cerita Risik Pada Hati ni. Makin dekat dengan pengakhiran, makin bermain dengan emosi penonton pula jalan ceritanya. Tapi memang hebat lakonan Alif, Ummi Nazeera dan Zara Zya. Geram dan senang duduk penonton dibuatnya.

Sumber: Instagram Alif Satar

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!