“Cloud pun sibuk nak jaga Bunga ya”- Netizen

Setiap manusia telah di tetapkan rezekinya masing- masing. Rezeki setiap orang datang dalam pelbagai bentuk. Buat pelakon Elisya Sandha, beliau amat bertuah di kurniakan seorang ibu mertua yang sangat mengambil berat dan menyayangi beliau sebagai menantu perempuan sulung. Adakalanya perkongsian beliau mengenai layanan baik ibu mertuanya iaitu pelakon dan pengarah Sheila Rusly sentiasa mencuuri perhatian warganet di media sosial.

Shiela juga turut menawarkan diri untuk menjaga dan menguruskan Elisya bersama besannya Mama Sandha dalam menjalani proses berpantang.

Elisya juga turut berkongsi beberapa keping gambar makanan berpantang yang di masak oleh Shiela buat beliau.

Elisya kini sedang menjalani tempoh berpantang di rumah Sheila Rusly setelah melahirkan anak pertamanya yang di beri nama Bunga El-Haq. Kehadiran cucu sulung perempuan itu sememangnya di nantikan oleh mereka sekeluarga memandangkan Sheila tidak mempunyai anak perempuan.

Elisya mendirikan rumahtangga bersama anak lelaki sulung Shiela Rusly Uzair Haqimy yang kini bergelar seorang pengarah. Pasangan sama cantik sama padan itu mendirikan rumahtangga pada 21 Ogos tahun lalu dan selamat melahirkan bayi perempuan pada pertengah bulan Jun tahun ini.

Shiela Rusly dan suaminya Jinggo atau lebih mesra di sapa sebagai Tok Sidang juga mengucapkan syukur dan berkongsi rasa teruja menimang cucu sulung mereka itu. Shiela juga gembira menerima ahli baharu dalam keluarganya itu.

Menerusi perkongsian terbaru Sheila Rusly di Instagram, beliau berkongsi satu video yang memaparkan seekor kucing kesayangan beliau yang di beri nama Cloud turut menyelit di bawah buaian semasa beliau sedang mendodoikan cucu kesayangannya itu.

Gelagat kucing tersebut yang mencuit hati cukup menghiburkan Sheila yang kini sedang di ulit bahagia meluangkan masa untuk menjaga Bunga El-Haq.

Sheila mahupun suaminya Tok Sidang juga sering berkongsi hantaran terkini dan menulis coretan nasihat buat cucu kesayangan mereka Bunga El-Haq.

Menjengah keruangan komen, rata- rata netizen memuji sikap Shiela Rusly yang melayani menantu perempuannya dengan sangat baik. Mendalam betul kasih sayang yang di curahkan buat cucu sulung mereka ini.

Kehadiran cucu sulung dalam keluarga menambah seri dalam kehidupan mereka sekeluarga. Cloud kucing peliharaan Sheila juga tidak ketinggalan untuk menjaga Bunga El-Haq. Berikut di kongsikan pula komen- komen netizen.

Comelnya Cloud jaga baby Bunga. Nanti Bunga dah besar boleh la jadi kawan bermain dengan Bunga. Bertuah Elisya di kurniakan seorang ibu mertua yang sangat baik seperti Shiela Rusly.

Rezeki setiap orang berbeza. Tidak semua orang dapat rezeki seorang ibu mertua yang baik. Yang penting hati ibu mertua perlu di jaga seperti hati ibu sendiri.

Sumber: Instagram Sheila rusly

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!