“Haha dah kahwin tak maintain, you better buat sesuatu” – Netizen

Menjadi seorang isteri yang boleh melakukan pelbagai tugas harian termasuklah membantu mencari pendapatan adalah isteri yang serba boleh. Namun, menjadi isteri yang sebegitu bukanlah mudah. Lebih-lebih jika mahu mengekalkan bentuk badan seperti anak dara. Mana kan tidaknya, apabila menjadi isteri dan ibu sekaligus juga mahu mencari pendapatan tambahan untuk keluarga, wanita-wanita hebat ini tidak lagi memikirkan untuk menjaga penampilan dengan rapi.

Seperti kita kenali pelakon wanita kita, Nina Iskandar sudahpun mendirikan rumahtangga dan punyai seorang anak sulung lelaki. Beliau yg berasal dari Brunei itu sering dikenali sebagai seorang pelakon yang gebu dan comel.

Namun, seperti biasa, hidup seorang artis itu tidak lari dari dikecam netizen. Begitu juga Nina yang juga takkan terlepas dari dikcam.

Baru-baru ini, beliau ada mengongsikan sebuah video dimana beliau meluahkan pendapat beliau tentang hidup ketika berada di dalam pndmk cvd dan sekaligus mengongsikan suplemen untuk menaikkan tahap imunisasi badan yg terbaik.

https://www.instagram.com/tv/CSwHSLXl95n/?utm_medium=copy_link

Beliau mengatakan di dalam video itu bahawa pada era cvd ini, masyarakat tidak lagi hendak berhias atau memakai pakaian yang mewah kerana pada era ini ramai yang lebih mementingkan masa kerana keluar rumah hanya untuk masa yang singkat jadi berhias untuk keluar membeli barang keperluan sudah tidak releven seperti dulu.

Apa yang menghiburkan netizen adalah ayat Nina di dalam kapsyen beliau yang berkata beliau kelihatan seperti makcik kantin.

Dalam ruangan komen pula, ramai netizen ramai memuji Nina tetap nampak cantik walaupun kelihatan seperti makcik kantin. Ada juga yang seloroh berkata tiada makcik kantin secantik Nina Iskandar.

Namun, ada juga netizen yang agak celupar mengatakan Nina sudah tidak menjaga penampilannya setelah berkahwin dan mencadangkan Nina melakukan sesuatu tentang itu.

Tetapi, suami Nina yang dikenali sebagai Azlan Adzanan membalas komen tersebut dengan berkata netizen tersebut tidak perlu sibuk untuk menasihati isteri orang malah menegaskan supaya netizen tersebut jaga penampilannya sendiri dahulu.

Seharusnya sebagai individu kita tidak seharusnya memandang rendah dengan penampilan seseorang termasuklah seorang isteri. Ia menunjukkan satu sifat dimana kita terlalu memandang kecantikan duniawi lebih daripada kecantikan hati dan rohani.

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!