“Umah bali memang wajib ada patung ek, even umh sendiri” – Netizen

Bagi yang mengikuti perkembangan penyanyi popular 90-an pujaan ramai ini pasti maklum akan minatnya yang suka berkongsi tentang aktiviti senaman dan amalan gaya hidup sihat. Tidak hairanlah Nourul Wahab atau lebih dikenali sebagai Nourul Depp, berusia 44 tahun tetap kelihatan langsing dan cergas seperti di awal kemunculannya sebagai artis sehingga kini. Minatnya itu menjentik inspirasi kepada ramai wanita.

Pasti ramai yang maklum tentang penghijrahan Nourul sekeluarga ke pulau cantik negara seberang, Bali baru-baru ini. Nampaknya penyanyi anak empat popular dengan lagu bertajuk ‘Kerana Terluuka’ ini tetap ‘istiqomah’ tidak mngalkan minatnya yang satu itu.

Dalam status beliau di Instagram nya pagi tadi, Nourul berkongsi tentang kegigihannya bersenam di sekitar Umahnya.

“Mak dia nak abiskan exercise 20 minit lagi, dapat 4km pagi ni,” antara tuturnya dalam video pendek dengan loghat utara pekat yang turut kelihatan si comel bongsunya dikongsikan Nourul.

Memang nampak bukti kesungguhan Nourul melalui peluh dan suara tercungapnya ketika bercerita tentang aktiviti sihat dilakukannya itu. Kelihatan cergas dan berbahagia berkongsi kegiatannya di rumah baru, antara yang menancap perhatian netizen ialah rekabentuk dan laman kediamannya yang kemas dan cantik.

Selain bunga dan tumbuhan hijau dengan dekorasi laman yang indah berciri Bali, terdapat sebuah kolam renang bersebelahan rumah. Sungguh terlihat tenang dan damai…

Tak ketinggalan ‘patung Bali’ yang kebiasaan ada di mana-mana lokasi di pulau itu juga mengundang komen dengan pertanyaan oleh netizen kepada Nourul.

“Umah Bali memang wajib ada patung ek… even rumah sendiri,” antara soalan cepumas netizen. Pun begitu, yang menarik perhatian apabila ia dijawab tenang oleh Nourul:

“Salam. Ini bukan rumah kami. Masih menyewa. Kalau beli InsyaAllah akan diubah. Di sini  biasa patung macam ni. Takdak apa pun. Bukan untuk disembah atau apa-apa bertentangan akidah.”

Tidak dinafikan memang kelihatan cantik dan sejuk mata memandang  kediaman Nourul dan keluarga nya hingga mengundang pujian netizen. Ramai juga menyatakan hasrat mengidam rumah sedemikian.

Biar apapun komen netizen terhadap keputusan hijrah Nourul dan aktiviti dilakukannya, walau di mana pun berada, diharap Nourul terus ceria dan dapat memberikan lebih banyak inspirasi kepada wanita ke arah gaya hidup sihat di luar sana.

Menariknya, Nourul turut berkongsi aktiviti ‘jalan-jalan cari makannya’ di sekitar rumahnya dalam aktiviti riadahya itu pagi tadi. Sangat menarik perkongsian beliau…

Memetik antara perkongsian sihat beliau sebelum ini, menurutnya jika seseorang berhasrat mahu sihat, harus sentiasa berusaha dan bersabar. Coretnya:

“Buat ja walaupun terasa penat. Nak sihat ni kena usaha. Nak cantik, kena usaha. Nak slim, kena usaha. Nak apa pun, kena usaha. Dia tak mai bergolek atau dengan sekelip mata saja. Semua perluukan masa.

Takdak yang ajaib. Kita manusia ni memang dah terbiasa nak apa apa , nak cepat. Walaupun kita tau kelebihan bersabar dan usaha. Shortcut tak bawak apa apa kebaikan. Malah mer0sakkan. Boleh nak kuruih nak pi lip0suction, nak pi tummy tug semua.

Tapi kena bersenam dulu sampai turun berat. Lepas tu nak pi sedut ka apa ka, pi la. Tapi takmau yang potong2 per0t tu. Organ dalaman tak mau kacau. Buat yang semulajadi. Jaga makan. Stay active. Pi exercise. Buat step by step. Buat apa nak rush. Nak laju laju , nak pi mana?

Badan tu dah lama dok bagi makan macam2. Badan kita takdak magic nak ubah la la tu. Nak gem0k ambik masa, nak kur0s pun ambik masa. Maaf , kami anti potong perut. Tak semulajadi walaupun doktor kata okay.

Anti operation itu saja , tapi tak anti orang yang dah buat. Itu pilihan masing2. Risiko masing2. Exercise. Lepas tu nak pi tummy tug tu takpa. Sebab luaran. Tapi lepas tu lagi hangpa kena exercise untuk jaga. Bukan untuk shortcut cantik sat ja. Lagi banyak qeja nak buat.”

Moga terinspirasi dengan perkongsian isteri kepada Eric Daniel Depp dan ibu kepada Ayu Nazirah, 23, Zachary, 8, Raphael, 6, dan Isabella, 2 tahun ini.

Sumber : Ig nouruldepp

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!