“Haha dapat agak dah, masa dkt Langkawi haritu nampak baby bump” – Netizen

Cahaya mata merupakan satu anugerah tidak ternilai yang dinanti-nantikan oleh setiap pasangan suami isteri. Masakan tidak, kehadiran cahaya mata dalam rumah tangga sememangnya berupaya menceriakan lagi suasana alam perkahwinan. Jika dahulu hanya berdua, kini sudah bertiga atau berempat dan seterusnya berlima. Tidak dapat dinafikan ada sesetengah pasangan yang memilih untuk memiliki anak yang ramai. Lagi ramai, lagi meriah kata mereka.

Bagi ibubapa yang memang berhasrat untuk memiliki anak yang ramai, sudah tentu menjadi kegembiraan bagi  mereka apabila isteri tercinta disahkan mengandung buat kali yang kedua. Seperti pelakon popular Elfira Loy, sebaik sahaja dia mengetahui bahawa dia sebenarnya sedang mengandung, tanpa berlengah-lengah dia mengumumkan berita gembira tersebut menerusi akaun Instagramnya.

Menerusi foto perkongsian Elfira dalam akaun Instagramnya pada 21 jam yang lalu, Elfira yang tampaknya gembira sedang membawa seikat belon yang tertulis mesej ‘baby 2 is coming’. Ujar Elfira, walaupun dia tidak menunggu masa yang lama untuk dikurniai anak yang kedua seperti kebanyakan artis yang lain, namun kadang-kadang dia juga berasa tidak sabar untuk menimang cahaya mata yang kedua.

“Kepada keluarga dan rakan-rakan yang dikasihi sekalian, dapatkah anda membaca berita gembira ini?” ujar Elfira dalam ruangan caption postingnya. Mesti Elfira dan suami berasa teruja kerana dikurniai dengan anugerah yang cukup indah ni kan?

Kegembiraan serta rasa kesyukuran Elfira jelas kelihatan menerusi postingnya ini. Walaupun pengumuman mengejut Elfira ini cukup ringkas, namun rasa sukacita yang dirasai oleh Elfira jelas terpancar di wajahnya yang dihiasi dengan senyuman yang cukup manis dan penuh makna.

Pada 10 jam yang lalu, sekali lagi Elfira mengongsikan posting mengenai perasaan terujanya kerana bakal menimang anak yang kedua.

“Abang (suami Elfira) akan bantu ibu kan?”. “Walaupun penantian untuk memiliki anak yang kedua ini tidaklah terlalu lama jika dibandingkan dengan orang lain, tapi saya tetap melalui saat-saat tidak sabar untuk menimang anak kedua,” ujar Elfira menerusi perkongsiannya yang kedua mengenai berita gembira ini.

Posting Elfira ini telah berjaya meraih sebanyak 100,734 likes dan 1016 komen yang mana rata-rata followers Elfira mengucapkan tahniah dan turut bergembira dengan berita tersebut.

Rakan-rakan artis Elfira yang lain seperti Zahirah, Nad Zainal, Hannah Delisha, Ernie Zakri, Janna Nick, Almy Nadia dan banyak lagi turut tidak ketinggalan untuk mengucapkan tahniah dan agar semuanya berjalan dengan lancar buat bakal ibu kepada dua beradik ini.

Sementara itu ada Netizen telah melihat Elfira di Langkawi dan pada ketika itu baby bump Elfira telah kelihatan di perut beliau.

Elfira juga tidak lupa untuk berdoa bagi mereka yang sedang berusaha untuk mendapatkan cahaya mata. Ujar Elfira, dia berdoa agar Allah memakbulkan doa-doa mereka agar hasrat mereka menjadi kenyataan.

Mulia sungguh hati Elfira. Harap-harap Elfira dan baby sentiasa berada dalam keadaan yang sihat.

Sumber: Instagram Elfira Loy

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!