“Uiii bunyi speaking pekat betol ek, pandai Ameena ni”- Netizen

Kehadiran cahaya mata adalah satu anugerah yang sangat bernilai buat semua pasangan suami isteri yang sudah berumah tangga. Cahaya mata antara penyeri rumah tangga buat semua pasangan yang telah bergelar ibu bapa. Gelagat comel anak-anak sudah tentu memberi ketenangan buat ibu bapa setelah penat lelah mencari rezeki. Betul lah orang selalu berkata, anak-anak juga adalah pembawa rezeki.

Jika kita lihat pada zaman kini, Golongan kanak-kanak banyaknya telah didedahkan dengan kecanggihan teknologi antaranya gajet dan komputer. Maka tidak hairanlah apabila kanak-kanak di usia tiga tahun sudah mula pandai bermain smartphone. Permainan video game menerusi smartphone antara yang menjadi popular dalam kalangan kanak-kanak.

Tidak terkecuali, cahaya mata sulung kepada pelakon Shukri Yahya dan pasangannya, Tya Adnan iaitu Aaira Ameena juga aktif bermain game meskipun baru berusia lima tahun.

Lebih menjadi tumpuan apabila Aaira Ameena atau mesra dengan nama Ameena cukup fasih bercakap dalam bahasa Inggeris.

Gelagat Ameena fasih berbahasa Inggeris sambil bermain game dirakam oleh ibunya sendiri sambil diperhatikan oleh Syukri Yahya. Video Ameena telah dikongsi menerusi laman Instagram miliknya dan rata-rata netizen teruja melihat gelagat lucu Ameena yang comel itu.

Boleh tahan ye Ameena fasih Bahasa Inggeris, kecik-kecik dah bijak ye Ameena.. Semoga jadi anak yang baik dan cerdik

Sumber: Instagram Aairaameena

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!