“Tersenyum tadi tgk lalu kat feed, lepas tu baru ingat yg kak sarah dh takde” – Shiha Zikir

Semestinya bukan satu tugas yang mudah untuk menjadi seorang bapa tunggal kepada 4 orang anak. Namun tanggungjawab tersebut perlu di galas oleh pelawak dan usahawan Shuib Sepahtu setelah kehiilangan arwh isterinya Siti Sarah Raissudin. Sebelum ini Shuib bergelut untuk memaklumkan kepada anak- anak beliau mengenai pemergian arwh ibu mereka namun syukur kehadrat ilahi urusan beliau dipermudahkan apabila anak- anak beliau dapat menerima dengan redha berita pemergian ibu mereka itu.

Sejak pemergian arwh Siti Sarah pada tanggal 9 Ogos yang lalu sehingga hari ini di mana – mana sahaja video mengenai kebaikan arwh Siti Sarah masih lagi diperkatakan dan berlegar di media sosial. Pengorbanan arwh Siti Sarah yang berjuang demi menyelamatkan anak dalam kandungannya begitu menyentuh hati rakyat Malaysia.

Kisah beliau sebagai seorang isteri yang taat dan ibu yang baik kepada suami malahan beliau juga seorang wanita yang suka bersedekah cukup memberikan inspirasi kepada masyarakat khususnya golongan wanita.

Lebih indah apabila pemergian arwh juga telah menjentik hati beberapa artis wanita untuk berhijab seperti Siti Elizad, Fieya Julia, Izara Aishah, Betty Rahmad dan juga pelawak Vicha. Ternyata kisah kebaikan arwh telah memberikan pengaaruh yang begitu besar dalam masyarakat.

Dalam sedar tak sedar sudah lebih seminggu arwh Siti Sarah pergi mngalkan kita semua. Pihak keluarga penyanyi berkenaan merakamkan ucapan terima kasih di atas kasih sayang yang diberikan kepada arwh sehingga ke hari ini. Pihak keluarga juga memohon sekiranya para peminat merindukan arwh agar terus sedekahkan bacaan Al- Fatihah kepada arwh.

Terkini menerusi Instagram arwh Siti Sarah, pihak pengurusan Shuib telah berkongsi sebuah video terbaru yang memaparkan resepi Sambal Jawa yang sempat di masak dan dirakamkan oleh arwh.

Menurut pihak pengurusan Shuib itu lagi, beberapa video masakan terakhir yang menggunakan slogan “My Style” yang di masak oleh arwh akan dikongsikan sebagai tanda terima kasih dan khas buat para peminat yang selama ini menyokong arwh.

Kongsi pihak pengurusan itu lagi, arwh sememangnya seorang yang sangat gigih merakam dan mengeluarkan idea masakan demi peminat yang disayanginya. Kasih sayang yang telah di semai oleh arwh menerusi media sosial bersama para peminatnya akan terus di abadikan di Instagram itu.

Menurut pihak pengurusan Shuib, selepas ini Instagram peribadi arwh Siti Sarah berkenaan akan di gunakan untuk anak- anak serta mempromosikan perniagaan yang di usahakan oleh arwh.

Rata-rata netizen bersetuju dengan tindakan pihak pengurusan Shuib itu dan menzahirkan rasa rindu apabila dapat melihat video masakan yang sempat dirakamkan oleh arwh di hari- hari terakhir sebelum pemergian beliau.

Netizen juga berkata apabila melihat video tersebut mereka terasa seakan arwh masih lagi ada. Netizen juga berpendapat supaya Instagram arwh dapat digunakan serta dimanfaatkan sebaiknya dan mereka tidak mahu pihak pengurusan menutup akaun berkenaan.

Rakan artis dan para peminat sehingga kini tidak putus memberikan kata – kata semangat buat Shuib supaya tabah dan sabar dengan dugaan yang di lalui oleh beliau itu. Berikut dikongsikan beberapa komen netizen terhadap video yang dimuatnaik tersebut.

Sekurang- kurangnya video yang di kongsikan oleh pihak pengurusan Shuib itu sedikit sebanyak mengubati rindu para peminat terhadap video- video masakan arwh. Resepi dan idea masakan yang telah arwh rakamkan itu juga boleh di manfaatkan oleh ramai orang sekaligus menjadi amal jariah arwh dan menjadi saham serta bekalan buat arwh nanti.

Sumber : ig sarah raissudin

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!