“Macam azan di Masjidil Haram, MasyaAllah merduanya suara”- Netizen

Penghijrahan dalam diri buat seseorang adalah untuk mendapat kehidupan lebih baik. Hijrah bukan sahaja dari sudut material, malah menyeluruh termasuklah fizikal dan rohani. Kita melihat ramai selebriti wanita tempatan telah mula berhijrah dengan tampil melakukan perubahan dengan berhijab. Bagi selebriti lelaki pula, penghijrahan buat penyanyi kelahiran Singapura iaitu Aliff Aziz mencuri tumpuan ramai.

Perubahan Aliff Aziz kini lebih tampil segar dengan imej baru. Sungguh hidayah itu milik Allah. Allah berhak memberikan hidayah buat sesiapa yang dikehendaki. Syukur Alhamdulillah Aliff Aziz antara insan bertuah yang terpilih untuk berhijrah ke jalan Allah.

Melihat pada perkembangan Aliff yang terkini, beliau lebih bergiat aktif dalam kumpulan tabligh bersama-sama artis lelaki lain antaranya Saharul Ridzwan.

Aliff Aziz juga menjadi perhatian ramai baru-baru ini selepas memuatnaik sebuah video menerusi laman Instagramnya. Video tersebut menunjukkan Aliff sedang berlatih melaungkan azan sambil dirakam oleh isterinya, Bella Astilah.

Laungan azan oleh Aliff menjadi tumpuan ramai netizen selepas melihat video tersebut. Walaupun sekadar berlatih melaungkan azan, suara Aliff cukup merdu dan menyentuh hati netizen. Malah suaranya juga seakan-akan sama seperti laungan azan di Kota Mekah.

Kebanyakkan netizen memuji suara merdu Aliff melaungkan azan menerusi ruangan komen. Penghijrahannya membuatkan ramai netizen menyokong dan mendoakan yang terbaik buat diri Aliff.

Alhamdulillah gembiranya tengok perubahan yang Aliff dah buat sekarang. Kita doakan semoga Aliff beristiqomah untuk terus sampaikan dakwah pada ramai orang.

Sumber: instagram iamaliffaziz

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!