“Haiyo hanjeng eh mulut makeup artis ni, tkut lah nk job sekali” – Netizen

Kerjaya sebagai pelakon bukanlah sesuatu yang mudah. Walaupun bergelar sebagai seorang pelakon mampu menaikkan populariti seseorang, namun agak mencabar lebih-lebih lagi jika ingin menghidupkan sesebuah watak dengan baik. Antara pelakon berbakat di Malaysia iaitu Nad Zainal menjadi pilihan penonton setiap kali beliau muncul di kaca televisyen. Sebelum ini, populariti Nad Zainal kembali naik mencanak selepas muncul menerusi drama Takdir Yang Tertulis.

Watak yang dibawa oleh Nad Zainal mampu dihayati oleh dirinya sebagai pelakon berbakat. Drama tersebut sekaligus memberi impak cukup besar buat penonton.

Bercerita tentang Nad Zainal yang baru melahirkan cahaya mata kedua, beliau telah memuatnaik sebuah video di laman Instagram miliknya.

Video parodi berkisahkan seorang jurumekap yang ‘kekwat’ dan pelakon BBNU dilakonkan oleh Nad Zainal bertujuan untuk mempromosikan sebuah produk.

Video itu hanyalah sekadar parodi dan tidak melibatkan mana-mana individu.

Malah video Nad Zainal mencuri tumpuan ramai apabila gelagatnya yang ‘kekwat’ itu menghiburkan netizen. Tidak kurang juga, ada sebahagian netizen juga meluahkan perasaan geram melihat gelagat Nad itu menerusi ruangan komen.

Video parodi Nad Zainal itu telah menjadi tontonan netizen sehingga mencecah 155,000 tontonan. Rakan-rakan artis turut mnggalkan komen pada posting video tersebut.

Laser betul Nad Zainal kalau jadi MUA ye, hati kena kental lah nampaknya kalau nak jadi artis baru hehe..

Sumber:Instagram Nad.zainal

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!