“Congrats Kanda”, Remy Ishak bakal tamatkan zaman bujang dgn bks tunang

Sebut sahaja nama pelakon Remy Ishak, sudah pasti ramai wanita yang menggilai jejaka kacak berkuulit hitam manis ini. Populariti Remy Ishak mula melonjak naik semenjak membawa watak lelaki romantik menerusi drama Pujaan Hati Kanda. Pelakon berbakat seperti Remy Ishak sentiasa menjadi pilihan penonton dan pengarah setiap kali muncul di kaca televisyen

Terbaru, Remy Ishak telah mengumumkan berita gembira bahawa beliau bakal menamatkan zaman bujang bersama wanita pilihannya pada 21 Ogos ini. Identiti wanita yang telah berjaya mencuri hati Remy masih dirahsiakan dan akan diperkenalkan pada majlis pernikahannya nanti.

Pengumuman rasmi telah dibuat secara eksklusif oleh aktor popular ini menerusi Gempak TV di saluran Astro Ria.

Pengumuman tersebut dikongsi menerusi laman Instagram Astro Gempak baru-baru ini. Pelakon Hun Haqeen juga turut sama menerusi temubual ekslusif Remy Ishak bersama wartawan Gempak TV.

Rata-rata netizen mengucapkan tahniah buat pelakon kesayangan mereka menerusi ruangan komen. Sebahagian netizen turut tertanya-tanya siapakah gerangan wanita yang telah memiliki hati Remy Ishak.

Terdahulu, Remy pernah bertunang namun pertunangan tersebut telah putus pada 2019. Namun pada Mac lalu, desas desus mengatakan Remy dan bekas tunangnya, Ezza Yusof telah mula menjalinkan hubungan selepas tersebarnya video mesra hubungan mereka berdua. Remy dilihat memberi kejutan buat bekas tunangnya pada ulang tahun kelahiran.

Adakah bekas tunang Remy adalah bakal isteri Remy nanti? Kita nantikan pada 21 Ogos ini ya. Tahniah buat Remy dan pasangan, semoga dipermudahkan urusan perkahwinan.

Sumber: Instagram Astro Gempak

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!